HUAWEI Mate X6 – Penanda Aras Baharu Teknologi Peranti Lipat
Menggunakan telefon pintar boleh lipat sebagai peranti harian sangat menarik sebenarnya tetapi tidak dinafikan ia juga mempunyai cabaran tersendiri. Beberapa diantaranya adalah ketahanan skrin, saiz dan berat, serta bermacam-macam lagi. Disinilah HUAWEI memainkan peranannya bagi menangani masalah tersebut dengan menyediakan produk yang berkualiti seperti HUAWEI Mate X6. Ini amat penting bagi memastikan pengalaman penggunaan menjadi lebih baik seterusnya membawa kepada kesetian pengguna terhadap jenama itu sendiri.

Malahan pasaran untuk telefon pintar boleh lipat HUAWEI turut melakar pencapaian penting pada suku pertama 2024, meningkat pada kadar 35%, seterusnya menjadi pencabar kepada syarikat-syarikat gergasi sedia ada menerusi pengenalan produk yang lebih mengikut penyesuaian. Oleh itu mari kami kongsikan apa kelebihan dan manfaat yang anda boleh dapat melalui HUAWEI Mate X6. Mana tahu anda berpeluang menjadikan telefon pintar ini sebagai teman terbaik yang selesa sepanjang masa.
Nipis, Ringan Dan Tahan Lama
HUAWEI Mate X6 pada pandangan kami antara barisan menarik telefon pintar boleh lihat yang terdapat di pasaran ini kerana ia menampilkan rekaan dengan kelas tersendiri. Melihat rekaannya sahaja sudah cukup membuatkan mata tidak berpaling. Keadaan itu jelas menunjukkan HUAWEI mempertaruhkan keunikan tersendiri dengan reka bentuk futuristik. Pada masa yang sama menzahirkan kelainan dari tahun sebelumnya menerusi perincian modul kamera berinspirasikan Space-Age Orbit dengan empat sisi yang simetri dan seimbang.

Padanan lebih mantap dengan tiga pilihan warna menarik seperti Nebula Red, Nebula Gray dan Black di mana setiap warna itu membawa ‘energy’ yang lebih segar serta aura tersendiri. Selain itu tampil lebih elegan dengan casing yang direka khas daripada bahan PU untuk memastikan HUAWEI Mate X6 kekal selamat daripada calar, hentakan dan kerosakan harian. Melalui tubuh yang juga nipis dengan hanya 4.6mm dan seberat 239 gram apabila dibuka mampu memastikan ia mudah dibawa ke mana sahaja. Selain itu tahan lasak yang memastikan ia tetap berfungsi dengan baik dalam pelbagai keadaan.

Untuk makluman semua, HUAWEI berjaya mencapai ketahanan ini melalui gabungan beberapa teknologi dan bahan berkualiti, antaranya seperti menggunakan Carbon Fiber Inner Screen Plat untuk ketahanan luar biasa pada peranti ini tanpa menambah berat. 550 MPa Aviation-Grade Aluminium Middle Frame dan Second Gen Kunlun Glass pula boleh memastikan telefon ini tetap kukuh menjadikannya lebih tahan hentakan.


Tidak cukup dengan itu, HUAWEI turut melengkapkan peranti ini dengan Advanced Multi-dimensional Hinge yang dibuat dengan keluli MIM 1900Mpa untuk mengurangkan lipatan. Selain itu Ultra-High Thermal Conductivity Graphene yang digunakan dalam HUAWEI Mate X6 juga mengagumkan. Dengan nisbah kekonduksian terma yang tinggi sebanyak 2000 W/m·K, bahan graphene ini membantu dalam penyingkiran haba dengan pantas dan berkesan, lalu menjadikan peranti lebih sejuk walaupun dalam penggunaan yang intensif. Ini memastikan prestasi optimum dan memanjangkan jangka hayat peranti.


Last but not least, HUAWEI Mate X6 juga mempunyai ketahanan kalis air IPX8, yang bermakna boleh bertaha dalam rendaman air tanpa mengalami kerosakan lalu menjadikan ia lebih tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai keadaan. Ini merupakan satu lagi ciri hebat yang memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa peranti mereka dilindungi walaupun dalam situasi yang melibatkan air.

Skrin Besar Dan Fleksibel

Melalui skrin besar HUAWEI Mate X6, pengguna dapat menikmati pengalaman visual yang lebih luas dan mendalam. Ini membolehkan lebih banyak kandungan ditampilkan dalam satu paparan lalu memudahkan multitasking, serta menjadikan aktiviti seperti menonton video, bermain permua dan membaca lebih menyeronokkan. Selain skrin besar, HUAWEI Mate X6 juga menawarkan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman visual lebih lancar dan responsif. Tidak kira sama ada digunakan untuk menonton video, bermain permua atau melayari kandungan multimedia, gabungan skrin besar dan kadar segar semula 120Hz tadi sememangnya mampu memberikan pengalaman animasi yang lebih memuaskan.

Sesuai dengan peranannya sebagai telefon pintar boleh lipat, HUAWEI Mate X6 mempunyai memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk menyesuaikan kegunaan peranti mengikut keperluan mereka khususnya bagi tujuan multitasking. Ia menawarkan banyak kelebihan dengan kemampuan multitasking lebih baik melalui ciri-ciri AI canggih seperti AI Messaging yang memastikan data peribadi anda dilindungi dengan efektif. AI Privacy boleh menyembunyikan notifikasi yang diterima bagi memastikan maklumat penting anda tidak terdedah kepada pihak yang tidak sepatutnya. AI Privacy juga boleh mengaktifkan mod privasi secara automatik yang hanya bertulis ‘Message’ dalam situasi tertentu khususnya apabila terdapat pihak lain yang cuba melihat kandungan notifikasi yang diterima.

Dengan AI Mistouch Prevention pula, HUAWEI Mate X6 memastikan pengalaman penggunaan lebih lancar dan bebas daripada sentuhan yang tidak disengajakan. Contohnya, apabila diletakkan dalam poket, ciri ini akan mengenal pasti keadaan pada waktu itu, dan mengelakkan telefon diaktifkan secara tidak sengaja. Jadi telefon bolehlah disimpan dengan selamat tanpa risiko gangguan sentuhan sama ada semasa berjalan atau sedang melakukan aktiviti harian lain.

HUAWEI Mate X6 juga menawarkan ciri Air Gesture yang sangat berguna. Di mana, anda boleh mengawal telefon tanpa perlu menyentuh skrin, terutamanya apabila tangan anda berminyak atau basah. Anda boleh mengawal fungsi telefon seperti menukar halaman dokumen, menjawab panggilan, atau membaca mesej dengan hanya menggunakan gerakan tangan.

Ciri Live-multitask juga diperkenalkan dengan kemampuan menggunakan sebanyak tiga aplikasi secara serentak. Dengan cara ini, anda boleh menonton video, mengambil nota, dan melayari web sekaligus tanpa perlu berulang kali menukar aplikasi. Lagi best apabila video tetap akan dimainkan di latar belakang tanpa gangguan walaupun pengguna sedang menggunakan aplikasi lain dalam mod Live-multitask ini.

Selain daripada ciri Live-multitask, HUAWEI Mate X6 turut mempunyai ciri Split Screen sebagai pilihan lain untuk multitasking. Memang sangat sesuai untuk tugasan yang memerlukan rujukan daripada dua sumber yang berbeza dalam masa yang sama. Di mana anda boleh membuka dua aplikasi serentak, contohnya membaca artikel sambil mengambil nota, atau menonton video sambil membaca e-mel.
Kamera Ultra Chroma XMAGE
Kami faham memang sebelum ini banyak telefon pintar lipat yang kualiti kameranya kurang memuaskan. Tetapi HUAWEI Mate X6 dilihat berjaya memecahkan stereotaip tersebut dengan menawarkan sistem kamera yang berkualiti tinggi. Sensor kamera yang canggih pada HUAWEI Mate X6 sememangnya mampu menghasilkan gambar yang tajam dan penuh dengan butiran yang jelas.

Ini bermakna gambar yang diambil akan mempunyai ketajaman yang tinggi bersama warna menyerlah, sama ada digunakan dalam keadaan cahaya terang atau rendah. HUAWEI Mate X6 dilengkapi dengan kamera utama 50MP yang hebat, dan salah satu ciri menonjolnya ialah aperture berubah-ubah diantara F1.4 hingga F4.0. Dengan ini, kamera dapat menyesuaikan subjek dengan pelbagai keadaan cahaya untuk memberikan hasil gambar yang terbaik.



Fungsi ini membolehkan pengguna mengaburkan latar belakang dan latar hadapan dengan tepat bertujuan untuk menjadikan objek utama dalam gambar lebih menonjol. Sebagai contoh boleh mengambil gambar jarak dekat, ataupun potrait yang sangat cantik untuk subjek berada ditengah-tengah. Ini kerana latar belakang akan menjadi kabur, dan subjek akan menjadi lebih fokus.


Sensor ultra-lebar 40MP pula sesuai digunakan untuk tangkapan gambar landskap. Dengan lensa ultra-lebar ini, pengguna boleh menangkap pemandangan yang luas bersama perincian yang tajam dan jelas. Ia juga membolehkan lebih banyak elemen pemandangan dimasukkan ke dalam satu gambar, lalu menghasilkan momen yang cantik untuk dijadikan kenangan. Kemudian sensor telephoto dan makro 48MP membolehkan gambar jarak diambil dekat dengan detail yang tinggi. Ini sangatlah berguna untuk menangkap subjek yang jauh, serta untuk makro fotografi, di mana butiran kecil boleh ditangkap dengan jelas dan tajam.




Sokongan Ultra Chroma Camera turut disediakan untuk memberi ketepatan warna dan butiran gambar lebih semula jadi. Di mana dengan kemampuan untuk memproses 1,500,000 saluran spektrum bersama-sama dengan teknologi XD Fusion, HUAWEI Mate X6 dapat secara bijak boleh mengenal pasti dan melaraskan setiap butiran warna dalam tangkapan gambar. Ini bermakna gambar yang dihasilkan akan mempunyai warna yang lebih tepat dan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar.

Pengalaman bergambar menjadi lebih interaktif dan menyeronokkan dengan HUAWEI Mate X6 melalui ciri AI Live Photo, yang membolehkan pengguna merakam setiap detik indah bukan sahaja dalam bentuk gambar pegun, malahan dengan sedikit animasi untuk menjadikan kenangan terasa lebih hidup. Ia juga memberikan dimensi baru kepada kreativiti pengguna melalui pelbagai mod seperti Loop yang membolehkan anda mencipta gambar bergerak berulang-ulang seperti GIF. Long Exposure untuk menghasilkan gambar dengan kesan cahaya yang menarik. Multi-exposure pula mencantumkan beberapa gambar menjadi satu gambar untuk kesan yang artistik.


Prestasi Berkuasa Tinggi

Sebagai makluman juga, Mate X6 dilengkapi perkakasan dalaman yang terdiri daripada cip HiSilicon Kirin 9020 untuk prestasi tinggi dan kecekapan tenaga. Cip pemprosesan ini direka untuk memberikan prestasi luar biasa dan kecekapan tenaga yang tinggi bagi memastikan peranti mampu berfungsi dengan lancar dalam pelbagai senario penggunaan.
Gabungan memori 12GB RAM dan storan 512GB yang sesuai untuk keperluan kebanyakan pengguna. Dengan 12GB RAM, peranti sudah tentu dapat memastikan pengalaman penggunaan yang responsif dan cekap, sama ada untuk kerja atau hiburan. Storan 512GB pula menyediakan ruangan yang luas untuk simpanan pelbagai jenis fail termasuk gambar, video, dokumen, dan aplikasi.
Bateri 5110mAh yang besar yang memastikan peranti boleh digunakan sepanjang hari tanpa kerisauan habis bateri dengan cepat. Terdapat juga sokongan pengecasan pantas berwayar 66W, serta nirwayar 55W untuk mengecas peranti dengan cepat apabila kehabisan bateri.

Sebagai kesimpulan, HUAWEI telah menetapkan penanda aras baru untuk telefon pintar boleh lipat dengan pengenalan HUAWEI Mate X6. Telefon pintar ini bukan sahaja ringan, tetapi juga boleh menjadi antara pilihan yang menonjol dalam pasaran. HUAWEI Mate X6 sudah boleh dipratempah di Malaysia bermula hari ini sehingga 10 Januari 2025 dengan harga jualan RM8,688.
Setiap pembelian HUAWEI Mate X6 didatangkan dengan pelbagai aksesori bernilai sehingga RM8,098 termasuk HUAWEI WATCH Ultimate, rebat tukar beli eksklusif RM2000, dan perlindungan skrin selama satu tahun. Orang ramai turut boleh miliki telefon pintar ini secara ansuran mudah serendah RM220 selama 36 bulan di Maxis melalui pelan Maxis Zerolution Postpaid Plan 109. Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi HUAWEI Malaysia.
Leave a Reply