See more: Usah anggap suami milik mutlak – Amy Mastura

KUALA LUMPUR: Suami bukan kita punya. Itu kata-kata terhambur daripada mulut pelakon dan penyanyi senior, Amy Mastura, 53, tatkala berkongsi pandangan mengenai hidup berpoligami.
Amy berkata, semua hamba Allah termasuk wanita perlu menanam pemikiran positif dan tidak menganggap semua yang ada di dunia adalah hak milik diri sendiri termasuk pasangan hidup.
“Dalam dunia ini, tiada apa-apa yang kita punya. Kenapa kita kena fikir begitu kerana realitinya, semua akan tinggalkan kita termasuk suami.
“Tak orang lain ambil, Tuhan ambil. Kalau kita rasa dia kita punya, susah kita hendak lepaskan.
Disyorkan
- Wanita selamat daripada dirogol di tandas awam selepas cakar, gigit penjenayah
- MRCB tarik diri dari konsortium HSR diketuai Berjaya Rail
- Malaysia berpotensi dilanda gempa bumi kuat – METMalaysia
- AS serah dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo selepas 18 tahun
“Bukanlah kata saya sudah bersedia suami saya diambil, tetapi kita berusaha untuk fikir positif. Katalah orang ambil suami kita, kita mesti meroyan dan marah… Itu normal.
“Tetapi bagi saya, kalau kita rasa suami bukan kita punya, jadi, kita boleh fikir suami ada hak untuk pilih. Kita juga ada hak pilih sama ada mahu berdepan atau tinggalkan.
“Tetapi saya belum hadapi keadaan itu. Hendak kata boleh atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi untuk suami-suami di luar sana, janganlah buat sorok-sorok.
“Kita pun sebagai isteri kena beri layanan terbaik kepada suami kerana Allah SWT. Insya-Allah, kita dapat hadapi apa sahaja yang berlaku pada masa akan datang dengan tenang,” katanya pada sidang media dan forum sempena drama baharu, Berbahagi Suami di ibu negara, Rabu lalu.
Amy berkata, biarpun sudah lebih dua dekad berkahwin, dia masih menimba ilmu untuk menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.
“Kita lalui banyak fasa kehidupan. Setiap hari kita belajar sesuatu. Saya sudah 24 tahun berumah tangga, tetapi sepanjang tempoh itu, tidaklah semuanya indah belaka.
“Dahulu, ketika awal berumah tangga, saya masih muda. Jadi, banyak perkara saya perlu belajar mengenai perkahwinan.
“Sekarang, apabila sudah faham serba sedikit ilmu agama dan keimanan, saya rasa lebih tenang dan bahagia. Hubungan kekeluargaan juga bertambah baik,” katanya.
Amy mendirikan rumah tangga bersama Alvin Tham Suffian pada 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana, 23, dan Adalia, 20.
Berkongsi mengenai karier seni, Amy mengaku masih aktif menyanyi. Bagaimanapun, dia memilih untuk lebih banyak menjayakan tawaran lakonan disebabkan sudah bergelar hajah.
“Saya masih menyanyi tapi tidak banyak. Apabila orang perkenalkan saya sebagai hajah sebelum saya menjayakan sesebuah persembahan, saya malu memikirkan seorang hajah menyanyi.
“Tetapi, saya berfikir ramai juga penyanyi hebat yang menyanyi seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Alyah dan sebagainya,” katanya.
Pada 6 Jun lalu, Amy bersama suaminya serta dua anak mereka, Adriana dan Adalia berpeluang mengerjakan ibadat haji.
Leave a Reply