Waspada Cuaca Ekstrem di Berbagai Wilayah – [Metro Pagi Primetime]

See more: Jalan dinaiki air, bomba iringi murid redah banjir

mdroji@bh.com.my

facebook sharing button
whatsapp sharing button
twitter sharing button
Anggota bomba mengiringi murid meredah banjir di Kanowit, hari ini. - Foto ihsan JBPM
Anggota bomba mengiringi murid meredah banjir di Kanowit, hari ini. – Foto ihsan JBPM

KUCHING: Anggota bomba dipanggil bagi membantu memastikan keselamatan murid serta ibu bapa mereka mengharungi banjir selepas jalan ditenggelami air di Kanowit, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.14 pagi, hari ini.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit diarah ke lokasi yang terletak kira-kira 40 kilometer dari balai.

“Ketika anggota bomba tiba di lokasi pada jam 9.57 pagi didapati seramai 10 orang pelajar bersama ibu bapa tidak dapat melalui jalan yang terputus hubungan kerana dinaiki air yang mencapai ketinggian 1.5 meter.

Disyorkan

“Mereka dalam perjalanan balik dari asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Pedai, Kanowit, menuju ke rumah panjang,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba serta polis kemudian mengiringi kesemua mangsa itu meredah air di kawasan yang ditenggelami dalam jarak 300 meter.

Kesemua mangsa turut diarahkan memakai jaket keselamatan sebagai langkah berwaspada jika arus deras tiba-tiba melanda.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.10 pagi pagi selepas kesemua mangsa selamat dan bergerak balik ke rumah masing-masing,” katanya.

Paras air naik di beberapa kawasan rendah di Sarawak sejak akibat limpahan air sungai akibat hujan sejak kelmarin.

Sementara itu, JBPM turut memantau kejadian tanah susur yang menjejaskan keselamatan Rumah Panjang Jela di Nibong Tada, Kanowit.

JBPM yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.30 pagi menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kanvas yang digunakan untuk menutup kawasan runtuhan yang berlaku sebelum ini turut dibawa tanah susur.

“Keadaan itu menyebabkan kawasan runtuhan kembali terdedah dan tanah susur yang berlaku semakin menghampiri rumah panjang berkenaan,” katanya.

Berikutan itu katanya, anggota bomba dengan bantuan dua anggota polis memantau pergerakan tanah di kawasan itu.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *