SERBUAN MENGEJUT DARI MENTERI PADA JAM 12.30 MALAM !

See more: Siti Elizad izinkan suami berpoligami demi zuriat

Oleh Fatin Farhana Ariffin

fatin.farhana@bh.com.my

facebook sharing button
whatsapp sharing button
twitter sharing button
Siti Elizad meluahkan rasa syukur apabila suaminya, Shamsul Baharin setia bersama, malah menolak berkahwin lain. - Foto IG Siti Elizad
Siti Elizad meluahkan rasa syukur apabila suaminya, Shamsul Baharin setia bersama, malah menolak berkahwin lain. – Foto IG Siti Elizad

PETALING JAYA: Pelakon Siti Elizad Sharifuddin mengakui sudah membuat persiapan seperti menyediakan bilik buat cahaya mata, namun reda dan memilih menyerahkan kelengkapan seperti katil bertingkat kepada kawan-kawan.

Siti Elizad, 40, berkata dia mengimpikan mempunyai ramai anak, tapi kini sudah menerima semuanya dengan berlapang dada.

“Dulu saya berangan kalau kahwin nak anak ramai. Kalau ikutkan, saya sudah siapkan bilik untuk anak-anak. Saya sudah belikan katil bertingkat sebab mahukan anak ramai dalam perjalanan 10 tahun perkahwinan ini.

“Tapi, kini saya sudah berada tahap reda. Saya juga sudah berikan katil kepada kawan-kawan sebab tak mahu lalu depan bilik dan terus mengharap. Saya sudah okay sekarang, Alhamdulillah.

Disyorkan

“Tipulah kalau tidak terkesan atau cakap tak nak fikir, tapi saya sudah meningkat usia. Saya lebih relaks dan fikir tak mengapalah kalau Allah tak nak bagi.

“Allah sudah bagi semua, cuma satu ini sahaja Allah tiada rezeki,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Berbahagi Suami di The Fleur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Siti Elizad meluahkan rasa syukur apabila suaminya, Shamsul Baharin Rahman setia bersama melalui perjalanan selama 10 tahun ini.

Siti Elizad sudah belikan katil bertingkat sebab mahukan anak ramai dalam perjalanan 10 tahun perkahwinan, namun tiada rezeki. - NSTP/Aziah Azmee
Siti Elizad sudah belikan katil bertingkat sebab mahukan anak ramai dalam perjalanan 10 tahun perkahwinan, namun tiada rezeki. – NSTP/Aziah Azmee

Malah, kongsi Siti Elizad, dia juga pernah mengutarakan pendapat mengenai berkahwin lain untuk suaminya memiliki zuriat.

“Jujurnya, kalau kerana suami mahukan zuriat, saya izinkan. Tapi, sampai bila berada dalam tempoh poligami, saya tiada jawapan. Kalau tak mampu saya lepaskan sebab saya juga tak sempurna.

“Semua orang tahu saya sudah hampir 10 tahun berusaha, jadi kalau nak cakap soal zuriat, saya kalah.

“Suami tahu perjalanan saya, cuma kami tidak cerita saya pergi berubat seluruh Malaysia, duduk dalam tandas termenung. Orang tak nampak betapa berat perjalanan saya berusaha mendapatkan zuriat ini.

“Jadi, saya katakan kepada suami jika mahu kahwin lain sebab zuriat, saya okay. Saya pun makin berusia, tapi suami katakan dia pernah ada anak dan tidak kejar ke arah itu,” katanya.

Siti Elizad bersyukur meskipun tidak mempunyai zuriat, dia mempunyai suami sangat memahami.

“Saya tak pernah dimarahi atau bergaduh besar dengan suami. Bila jumpa kawan-kawan, mereka kongsi gaduh dengan suami dan anak. Saya tak merasai perkara ini, jadi saya fikir mungkin Allah kurangkan perkara lain dan lebihkan dalam soal lain.

“Apa yang penting, kami bahagia, tak gaduh dan okay,” katanya.

Siti Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020, namun mengalami keguguran pada November tahun sama.

Dua tahun lalu, Elizad sekali lagi memaklumkan kembali menjalani rawatan IVF kali kedua pada Mac 2022 sebagai usaha berterusan untuk mendapatkan cahaya mata. Namun, keguguran juga.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *