YB LABU MENGAMUK‼️SOUND MB DAN MAJLIS GARA2 KEDAI JUDI ONLINE DI TAMAN GADONG, N.SEMBILAN

See more: Khairul Aming 5 Hari Terlantar, Cirit-Birit Sebab Jangkitan E.Coli Sewaktu Bantuan Banjir

Cover image via @khairulaming (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming mendedahkan dia terkena penyakit E. coli ketika sedang melakukan bantuan pada mangsa banjir

Menerusi Instagram Story @khairulaming, beliau rupa-rupanya terkena jangkitan E. coli ketika membuat bantuan kepada mangsa banjir.

Disebabkan itu, Khairul Aming telah mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari berturut-turut sehingga badannya menjadi lemah dan dehidrasi.

Image from @khairulaming (Instagram)

Image via @khairulaming (Instagram)

Pun begitu, beliau memaklumkan kini berada dalam keadaan sihat dan sudah mula sambung bekerja seperti biasa.

Sebelum ini, Khairul Aming bersama pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) bertungkus lumus lebih kurang seminggu untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Untuk info, jangkitan E. coli boleh berlaku dari air atau makanan yang tercemar terutamanya sayur-sayuran mentah dan daging lembu kisar yang tidak dimasak sepenuhnya.

Orang dewasa yang sihat biasanya pulih daripada jangkitan E. coli dalam seminggu, tetapi kanak-kanak kecil dan orang dewasa atau lebih tua, orang yang mempunyai sistem imun lemah dan wanita hamil mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami kegagalan buah pinggang yang boleh mengancam nyawa dipanggil sindrom uremik-hemolitik.

Image from @mrcosec (Instagram)

Image via @mrcosec (Instagram)

Semoga KA dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi oleh Allah SWT selalu 🙂


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *