Sharifah Shahirah buat persiapan sambut cucu, bertegas mahu jaga anak berpantang

See more: Sharifah Shahirah teruja bakal timang cucu pertama, mahu jaga anak berpantang

Oleh: FAIZ IZZAT

facebook sharing button
twitter sharing button
whatsapp sharing button
linkedin sharing button
email sharing button

PENYANYI dan pelakon Tallisya akan menjalani tempoh berpantang di kediaman ibunya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Tallisya atau Allisya Tahir, 26, berkata, ibunya yang juga penyampai radio Sharifah Shahirah mahu menjaganya sepanjang tempoh tersebut.

“Alhamdulillah semua persiapan sudah selesai dan sejak awal kehamilan lagi saya dan suami sudah bayangkan macam-macam.

“Tapi bila mama (Shiera) rosakkan rancangan sebab dia nak saya berpantang dekat rumahnya memandangkan itu cucu pertama,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Talisha mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin pada penghujung bulan ini.

Talisha memberitahu dia akan bersalin di sebuah hospital di Kuatan, Pahang sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk berpantang.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *