MACAM DALAM MOVIE‼️KEJADIAN JAM 10 MALAM.DI PERMATANG PUSU, MELOR, KELANTAN

See more: Polis rampas barangan berjenama tiruan bernilai RM1.41 juta

Serbuan di sebuah premis dekat Kompleks Austin Perdana, kira-kira jam 10.30 pagi, semalam dengan ratusan baju, seluar, topi, dompet, kasut dan tali pinggang yang dianggarkan bernilai lebih RM1.41 juta dirampas. FOTO NSTP/IHSAN POLIS

JOHOR BAHRU: Polis berjaya mengesan taktik sindiket yang mengimport barangan berjenama tiruan seperti Louis Vuitton, Balenciaga, Gucci dan Chanel dari negara luar sebelum menjualnya secara dalam talian.

Satu serbuan kemudian dilancarkan di sebuah premis dekat Kompleks Austin Perdana kira-kira jam 10.30 pagi, semalam sebelum ratusan baju, seluar, topi, dompet, kasut dan tali pinggang yang dianggarkan bernilai lebih RM1.41 juta dirampas.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pihaknya bersama wakil cap dagang Global Trade Sheild Sdn Bhd membuat pemeriksaan di premis berkenaan sebelum hasil pemeriksaan di hadapan lima individu termasuk penjaga dan pekerja premis mendapati terdapat pakaian, beg, kasut, topi, tali pinggang dan dompet berjenama tiruan disimpan di premis itu.

“Barangan ini dijual secara dalam talian dengan menggunakan platform media sosial sejak empat tahun lalu.

“Setiap beg, baju dan dompet dijual dengan harga antara RM350 hingga RM500. Semua barangan ini dipercayai diimport dari negara luar,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan sindiket itu adalah menjalankan penjualan pada waktu tengah hari dan waktu malam.

“Mereka juga sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran pihak berkuasa dan sentiasa bersedia untuk melarikan diri sekiranya terkesan pihak yang mencurigakan,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya berjaya merampas antaranya 314 baju, 14 seluar, tujuh tali pinggang, tujuh dompet, enam topi, 20 selipar, 41 kasut, 10 beg dengan jenama terkenal berkenaan.

“Nilai rampasan ini dianggarkan berjumlah RM1,412,000,” katanya.

Kumar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(C) Akta Cap Dagangan 2019 kerana mempunyai dalam milikan bagi maksud milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

Katanya, kes dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

“Kita menyeru masyarakat supaya tidak membeli barangan yang tidak mempunyai cap dagang tulen di media sosial dan masyarakat perlu cakna serta peka serta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penjualan ini kepada pihak berkuasa,” tegasnya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *