See more: Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat

NILAI: Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd Salleh berkata antara kawasan terjejas ialah Taman Semarak dan Pekan Lama Nilai.
Katanya, susulan kejadian itu, pihaknya menerima dua panggilan kecemasan termasuk sekeluarga yang terperangkap dalam banjir di sebuah rumah di Jalan Besar Nilai, dekat Pekan Lama Nilai kira-kira 5.55 petang.
“Terdapat empat mangsa, iaitu seorang lelaki dan tiga wanita termasuk seorang warga emas dan seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berjaya diselamatkan dan dibawa ke tempat selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Disyorkan
- Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
- Tiga pasangan layak ke final FD4
- Badan lemah punca Allahyarham Aspalela jatuh bilik air
- Hari suram pelumba Malaysia di Buriram
Bakarya berkata pasukannya turut menyelamatkan sebuah kereta yang dihanyutkan air akibat ditenggelami banjir dalam kejadian di Jalan Taman Semarak 2, Nilai.
Katanya, terdapat lima mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita bersama seorang kanak-kanak yang kemudiannya telah diselamatkan selepas menerima panggilan daripada orang awam pada 5.19 petang.
Menurutnya, sebanyak 13 anggota bersama dua jentera dan satu unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
“Orang awam berjaya menyelamatkan semua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Saga yang terperangkap dalam banjir.
“Mangsa kemudian dipindahkan sementara ke unit EMRS sehingga air surut, sebelum dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaan banjir semakin pulih,” katanya. – BERNAMA
Leave a Reply