Lelaki baru bertunang September lalu maut dirempuh kereta
Batu Pahat: “Kejadian itu berlaku betul-betul di depan mata saya,” kata Mohamad Aliff Najmi Mohd Razali, 23, apabila rakannya menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kluang dekat Parit Raja di sini, malam tadi.
Mohamad Aliff Najmi yang menjadi saksi kejadian menimpa Muhammad Rasyiid, 23, sebelum arwah disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan dalaman.
Kemalangan berlaku pada jam 10.30 malam dipercayai berpunca kenderaan jenis Perodua Viva dipandu wanita melanggar lampu merah menyebabkan mangsa terpelanting dan meninggal dunia di lokasi.
Menceritakan kejadian itu, Mohamad Aliff Najmi berkata, mereka baru selesai bekerja di sebuah kedai perkakasan rumah di Taman Universiti, di sini sebelum bergerak ke Parit Raja untuk makan bersama-sama.
- ‘Jika saya kembali… kena terima idealisme saya lihat UMNO berubah’ – Khairy
- Media perlu bantu sebar maklumat berkaitan hal ehwal agama
- Permohonan status Bumiputera masyarakat India Muslim diproses ikut perlembagaan – PM
- Liverpool hilang sabar, mahu cari pengganti Nunez
- Fosil Stegosaurus berharga AS$44.6 juta dipamerkan
“Arwah menunggang di hadapan, kami pada kedudukan tidak jauh. Sebaik tiba persimpangan, lampu isyarat bertukar hijau dan kami meneruskan perjalanan.
“Secara tiba-tiba, sebuah kereta dipandu seorang pekerja kilang berhampiran tidak berhenti ketika keluar dari simpang, arwah tak sempat mengelak lalu melanggarnya.
“Arwah terpelanting lalu masuk ke dalam longkang. Saya terus berhentikan motosikal dan turun untuk mengangkat arwah yang ketika sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian arwah Muhammad Rasyiid di Koris, Senggarang.
Menurutnya lagi, dia cuba memanggil arwah beberapa kali namun tidak bergerak sebelum dibantu pengguna jalan raya lain untuk dibawa naik.
Katanya, beberapa rakan dan juga pengguna jalan raya cuba membantu namun arwah masih tidak menunjukkan tindak balas sehinggalah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

Sementara itu, ibu arwah, Andik Norasima Andek Hakim, 53, memberitahu anak keempat daripada lima beradik itu baru melangsungkan pertunangan September lalu.
Katanya, berita pemergiaan arwah diketahui selepas mendapat panggilan daripada tunangnya sekitar jam 10.30 malam.
“Waktu itu, saya sudah tidur dan menerima panggilan memaklumkan arwah kemalangan, pada awalnya, saya hanya anggap kemalangan biasa.
“Tiba-tiba tunang dia menangis memberitahu Muhammad Rasyiid sudah tiada. Saya reda Allah sudah aturkan semua, cuma saya harapkan doa semua pihak untuk anak saya.” katanya.
Jenazah Muhammad Rasyiid selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Koris, di sini, selepas solat Jumaat.
Sementara itu, Ketua Polsi Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, berdasarkan rakaman kamera pemuka (dashcam), kereta dipandu wanita berusia 37 tahun tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.
Katanya, akibatnya, mangsa dari arah Batu Pahat menghala ke Parit Raja tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.
“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak dalam longkang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.” katanya.
Leave a Reply