RAMAI SYAK KES CULlK SEKALI INI KENYATAAN POLlS 🔴KEJADIAN DI SHAH ALAM, SELANGOR

See more: Bengkel kongsi pengalaman

Ridzuan Abdul Rahman

mohamadridzuan@hmetro.com.my

facebook sharing button
whatsapp sharing button
twitter sharing button
PESERTA yang terbabit dalam Masterclass.
PESERTA yang terbabit dalam Masterclass.

BERSEMPENA dengan Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menganjurkan bengkel Short FiIm Masterclass: From Concept To Screen yang berlangsung selama tiga hari, baru-baru ini.

Ia menampilkan pengarah prolifik dari Korea Selatan, July Jung yang mempunyai profil menarik kerana dua filemnya ditayangkan di Oscar, manakala 19 pencalonan dari pelbagai kategori, July Jung berjaya memenangi 14 daripadanya.

Penerbit dari syarikat produksi Million Pictures Sdn Bhd, Faizatul Hasanah Hussain atau Hana Hussain diberi kepercayaan mengendalikan bengkel ini.

Hana berkata, objektif utama seminar ini ialah memberi pendedahan terus serta perkongsian ilmu dan pengalaman agar pemain industri negara dapat menyumbang kembali kepada industri kreatif Malaysia dari pelbagai sudut.

“Ia bagi mendedahkan dan berkongsi ilmu bersama pemain industri kreatif terdiri daripada pengarah filem, pengarah drama dan penulis skrip seramai 25 orang.

“Tayangan filem dan sesi soal jawab terus bersama July Jung sangat berharga kerana ini kali pertama dan julung kalinya, syarikat saya dengan kerjasama Finas menampilkan pengarah filem Korea Selatan bagi mencurahkan ilmu dan bertukar pengalaman di antara dua buah negara,” katanya.

Menurutnya, melihatkan demam K-drama dan K-pop yang melanda Malaysia, pemilihan pengarah berusia 44 tahun ini adalah idea terbaik yang dibuat.

HANA bersama Kamil dan July Jung.
HANA bersama Kamil dan July Jung.

“Inilah masa yang sesuai kita rebut peluang, untuk kita kumpul sebanyak mungkin info dan pengalaman ‘1st hand’ info daripada pengarah Korea Selatan. Bukan senang tapi kami berjaya melakukannya.

“Antara halangan utama ialah jadual July Jung yang padat hingga hujung tahun serta penterjemah yang sepatutnya tidak dapat hadir pada saat akhir kerana terpaksa menyambung tugasan di luar negara.

“July Jung tidak boleh berbahasa Inggeris namun perkara ini dapat diatasi dan penat lelah kami berhasil dan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada peserta Masterclass,” katanya.

Hana berkata, ada yang menyuarakan cadangan untuk diadakan bengkel yang serupa untuk siri kedua, tetapi dengan pengarah berbeza pula.

“Sebagai penganjur saya rasa bangga kerana dapat menjayakan program ilmu seperti ini. Mungkin pada masa hadapan saya akan datangkan tenaga pengajar dari negara lain pula.

“Pihak kami melakukan tinjauan selama dua bulan bagi menjayakan program Masterclass ini dari segi logistik dan dari segi pemilihan tenaga pengajar yang sudah dipersetujui oleh pihak Finas.

“Di akhir Masterclass setiap peserta ternyata mendapat banyak input berguna dan membuka mata dari banyak aspek. Industri perfileman Malaysia juga mampu berdiri sama gah dengan negara Korea seandainya ruang dan peluang diberikan pada yang betul-betul layak serta sokongan dari pihak kerajaan dan swasta,” katanya.

Majlis perasmian dan penutup Masterclass yang berlangsung di Pawagam Mini P Ramlee dilakukan Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *