See more: Proses kenaikan premium insurans perubatan masih dalam rundingan – PM

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, proses berkaitan kenaikan premium insurans perubatan masih dalam rundingan.
Beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) hanya akan memuktamadkan kadar premium insurans itu selepas rundingan semula diadakan dengan pihak berkaitan.
“Sebenarnya, laporan BNM mahu muktamadkan (premium insurans) selepas dia berunding balik (dengan pihak insurans).
“Setakat ini prosesnya masih dirunding semula,” katanya kepada media, di sini hari ini.
- Vicente yakin raih keputusan positif
- Subsidi tiket penerbangan musim perayaan diteruskan – MOT
- JPS terus pantau lembangan sungai utama di Kelantan berisiko banjir
- Penyanyi rap dakwa pegawai PBT rakam dirinya di pusat urut
- Vicente panggil tiga lagi pemain baharu
Terdahulu, Perdana Menteri menikmati makan tengah hari di Restoran Q-Bistro, Presint 15, sebelum menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar Presint 14.
BNM sebelum ini mengarahkan penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) untuk menyemak strategi penentuan semula harga untuk memastikan pelaksanaan yang lebih wajar.
Menurut BNM, hal ini termasuk menguruskan secara berterusan kenaikan premium/sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi/peserta takaful.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dilaporkan berkata, syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) sudah menyatakan persetujuan untuk mengambil langkah wajar, termasuk meneliti semula cadangan menaikkan harga premium insurans perubatan yang dijangka meningkat sehingga 70 peratus tahun depan.
Hui Ying dilaporkan berkata, antara komitmen dipersetujui ITO adalah melaksanakan pelarasan semula harga premium insurans perubatan secara berperingkat.
Selain itu, ITO akan memastikan ada talian khusus bagi setiap syarikat untuk menawarkan caruman fleksibel, memberikan pilihan untuk pelan perkhidmatan berbeza dan menyediakan mekanisme penyelesaian yang lebih berkesan.
Leave a Reply