Gara-gara main basikal lajak, 7 kanak-kanak ditahan

Georgetown: Gara-gara main basikal lajak, tujuh kanak-kanak lelaki ditahan di Lebuh Relau 4 di sini semalam.
Mereka kemudian diserah kepada ibu bapa dan waris masing-masing.
Menurut laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, ia susulan aduan orang awam mengenai sekumpulan mereka bermain basikal lajak di kawasan berkenaan sehingga mengganggu ketenteraman dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.
Rondaan dan tinjauan di sekitar kawasan kemudian dilakukan pasukan Task Force balai terbabit petang semalam.
- Hukuman gantung terhadap Azilah Hadri kekal
- Muangthong buat Selangor FC tersungkur di laman sendiri
- ‘Saya dengar suara mangsa minta tolong namun tidak dapat buat apa-apa’
- Beberapa kereta tersangkut akibat banjir di Sepang
- 8 hari tidak balik rumah, lelaki ditemui meninggal dunia
“Hasil tinjauan mendapati seramai tujuh kanak-kanak lelaki sedang bermain basikal lajak.
“Semua kanak-kanak itu dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong bagi tujuan dokumentasi sebelum diserah kepada waris penjaga masing-masing,” menurut kenyataan di Facebook, hari ini.
Sehubungan itu, polis menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergerakan, tingkah laku dan aktiviti anak masing-masing bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.
Terdahulu, video mengenai perbuatan kanak-kanak itu turut tular di media sosial dipercayai dirakam orang awam.
Leave a Reply