AIREL CARI P4SAL PEG4NG UNA !! – KEPUTUSAN MENGEJUT AYUNIE KELUAR TEAM AMMAR NAZHAN !!

See more: [VIDEO] Nora Danish Berjaya Sambung Bacaan Surah Al-Mulk Buat Netizen Kagum – ‘Tajwid Not Bad, Mesti Selalu Berdamping Dengan Al-Quran’

Pelakon jelita, Nora Danish telah menarik perhatian warganet dengan alunan bacaan daripada salah satu surah Al-Quran yang dihafalnya.

Artikel Berkaitan: Nora Danish Manis Berhijab, Pilih Tutup Komen Instagram

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imej Berhijab Jadi Tumpuan, Nora Danish Tampil Beri Penjelasan – ‘Lebih Senang Pakai Pakaian Menutup Aurat’

Hafalan surah

Menerusi hantaran di TikTok, pempengaruh yang terkenal dengan cabaran membaca Al-Quran, Qawiy telah meminta Nora untuk membaca surah Al-Mulk.

Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif dilihat berjaya menyambung bacaan surah tersebut dengan baik dan mendapat pujian daripada Qawiy.

MasyaAllah banyak hafalan tu. Kalau tak berhenti, nak baca lagi tu boleh habis satu surah.

Kami seronok lihat perubahan Nora.

Menurut aktres berusia 42 tahun itu, dengan mendalami Al-Quran, ia telah memberi impak dalam penghijrahannya untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Tapi tajwid belum betul-betul elok lagi.

Yang itu (perubahan) adalah di atas doa-doa anda semua. Terima kasih.

Apa yang saya belajar melalui penghijrahan saya adalah dekatkan diri selalu dengan Al-Quran sebab ia adalah pendamping kita nanti.

Pada akhir video tersebut, pelakon filem Polis Evo 3 itu juga berkongsi zikir yang menjadi amalannya.

Ramai orang tanya, macam mana saya berhijrah, saya amalkan zikir ini.

Zikir itu mendekatkan diri kita dengan Allah, dicintai Allah dan didekatkan juga dengan orang yang mencintai Allah.

Saya berubah pun disebabkan oleh ramai orang-orang baik dekat dengan saya.

Semoga saya boleh hafal banyak lagi surah.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha Nora dalam menghafal surah dan kagum dengan penghijrahannya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *