KEJADIAN DI KEDAI PAKAIAN DI BERJAYA TIMES SQUARE, KUALA LUMPUR.

See more: Cadangan tubuh Muzium Sejarah Tokoh Pulau Pinang

Rumah nombor 67 Lebuh Acheh yang dijadikan Madrasatul Quran, yang pernah menjadi saksi perkembangan institusi pengajian sehingga menjadi antara yang terbaik di Pulau Pinang pada masa kini.NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI
Rumah nombor 67 Lebuh Acheh yang dijadikan Madrasatul Quran, yang pernah menjadi saksi perkembangan institusi pengajian sehingga menjadi antara yang terbaik di Pulau Pinang pada masa kini.NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung mencadangkan supaya Pulau Pinang menubuhkan ‘People’s History Museum’ bagi mengiktiraf dan memperingati tokoh berjasa dari Pulau Pinang tanpa mengira bangsa.

Cadangan itu dikemukakan susulan laporan Berita Harian mengenai sejarah Madrasah Al Mashoor yang berkembang menjadi sebahagian sejarah Pulau Pinang dan negara sebagai antara institusi pengajian terbaik yang ada di negeri itu hingga kini.

Hsiao Leung berkata, tokoh atau pemimpin yang terkenal boleh dimasukkan dalam pameran di muzium berkenaan.

Antara tokoh yang dicadangkan Hsiao Leung dalam usulnya termasuk nasionalis Melayu yang mengasaskan Madrasah Al Mashoor iaitu institusi pendidikan Islam berpengaruh di negeri ini iaitu Syed Sheikh Al Hadi.

Disyorkan

“Sudah tiba masanya jika ditubuhkan People’s History Museum yang menceritakan dan mempamerkan Pulau Pinang daripada segi pemimpin atau tokoh yang sudah memberi sumbangan kepada pembangunan negeri.

“Ia sama ada daripada sumbangan (tokoh) masyarakat India, begitu juga Melayu dan Cina.

“Seperti nama Al Hady Centre (Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam) yang datang daripada nasionalis terkenal iaitu Syed Sheikh Al Hadi.

“Beliau menubuhkan (menjadi mudir madrasah) Al-Mashoor yang terkenal dan banyak menyumbang dan kita boleh masukkan dalam pameran ini,” katanya dalam perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Dalam laporan BH semalam menyebut Madrasah Al Mashoor yang berkembang menjadi sebahagian sejarah Pulau Pinang dan negara sebagai antara institusi pengajian terbaik yang ada di negeri itu hingga kini.

  Madrasah yang dikenali sebagai Madrasatul Quran pada peringkat awal itu dimulakan pada 1916 dan Al-Hadi sebagai mudir pertama adalah penulis serta pemikir aliran baharu dalam Islam yang lebih terbuka mengkritik dengan memberi idea baharu supaya masyarakat terutama wanita, dapat diberi pendedahan agama.

Sementara itu, Ikatan Alumni SMK Agama Al Mashoor Lelaki (IKMAL) menyambut baik cadangan bagi penubuhan muzium berkenaan.

  Penyelidik sejarah IKMAL, Muhammad Amirul Naim Rosmi berkata, penubuhan muzium itu berpotensi menjadi platform perpaduan bagi meraikan kepelbagaian warisan tokoh Pulau Pinang.

  “Ia juga memberi inspirasi kepada generasi muda bagi memahami nilai perjuangan tokoh terdahulu dalam membangunkan negeri dan negara.

  “Sejarah dan warisan tokoh negeri ini perlu dimartabatkan dan usaha ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menghargainya.

  “Penubuhan muzium ini bukan sekadar penghormatan kepada tokoh terdahulu, tetapi juga satu langkah memperkukuh warisan sejarah bagi tatapan generasi akan datang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

  Menurut Muhammad Amirul Naim, Syed Sheikh Al Hadi adalah antara pencetus kepada gerakan Pendidikan Islam moden di Malaysia serta tokoh intelektual awam yang berusaha menterjemah idea islah dan reformasi dalam bidang pendidikan, kewartawanan serta pemikiran orang Islam.

  Tambahan pula Sekolah Antarabangsa Al-Mashoor yang bakal beroperasi tahun depan, adalah inisiatif kerajaan negeri menerusi Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

   Ia menjadi jaringan pengaruh Madrasah Al Mashoor dengan negara luar dan juga menghormati amanah pemegang wakaf supaya harga wakaf mereka dibangunkan bagi pendidikan umat Islam.

  “Cadangan ini turut selari dengan pengiktirafan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Jun lalu yang menamakan sebahagian jalan di Air Itam sebagai Jalan Dato’ Syeikh Abdullah Bukhari.

  “Beliau adalah tokoh pendidikan  Madrasah Al Mashoor dan bekas Ahli Fatwa Pulau Pinang yang banyak berjasa kepada komuniti Muslim tempatan,” katanya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *