Kami terjah dan lihat adakah benar seperti yang diberitahu orang ramai..PERTAMA di Ipoh !

See more: Resepi Roti Sardin Gulung Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Ke Petang!

resepi roti sardin gulung

Apabila bangun pagi, perkara pertama yang kita akan fikirkan adalah tentang sarapan. Jika tiada idea, anda boleh cuba resepi Roti Sardin Gulung yang sangat sedap pada hari ini.

Roti Sardin Gulung merupakan antara makanan popular di kantin sekolah. Setiap kali waktu rehat tiba, kita pasti takkan lepaskan peluang untuk membelinya.

Ramai begitu tertarik dengan resepi Roti Sardin Gulung yang telah dikongsikan oleh Noraslinda Md Radzhi di Facebook kerana hasilnya kelihatan sungguh rangup. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Masak Sardin Cepat Tanpa Goreng, Ikut RAHSIA Ini Mesti Tak Hanyir

RESEPI ROTI SARDIN GULUNG GORENG TEPUNG

resepi roti sardin gulung

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ¼ cawan tepung bestari (spicy, boleh kurangkan jika tak nak pedas)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar marjerin
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun bawang
  • Sardin (sudah siap masak)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, sediakan inti sardin dan letakkan atas roti, kemudian gulung.

resepi roti sardin gulung

2. Bagi menyediakan adunan tepung, campurkan semua bahan terlebih dahulu.

3. Selepas itu, kacau sebati tapi pastikan adunan jangan pekat dan cair sangat.

4. Kemudian, masukkan hirisan daun bawang dan kacau sebati lagi.

5. Apabila minyak untuk menggoreng sudah betul-betul panas, tuangkan dalam 2 sudu minyak ke dalam adunan tepung tadi (masukkan minyak supaya roti jadi rangup) dan kacau sebati.

6. Akhir sekali, celupkan roti ke dalam adunan tepung dan bolehlah mula menggoreng sehingga warnanya kuning keemasan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Dalam resepi Roti Sardin Gulung, anda dinasihatkan supaya jangan kerap balik-balikkan sewaktu menggorengnya dalam minyak yang panas sebab takut roti akan serap minyak nanti.

Bukan saja sesuai dibuat sarapan, malah anda nak jadikan Roti Sardin Gulung ini sebagai hidangan minum petang pun boleh kerana ia memang sedap dinikmati pada bila-bila masa.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *