Kagum bakat ‘rider’ berduet dengannya, lagu baharu Black trending di TikTok

Duet tanpa sengaja lonjak populariti Hijab Rindu, Black bimbing ‘rider’ jadi penyanyi

Oleh: FAIZ IZZAT

linkedin sharing button
email sharing button

PENYANYI Black Hanifah sedang dalam proses menjadikan seorang individu dikenali sebagai Naimyus sebagai penghibur sepertinya.

Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 38, berkata, dia melihat potensi Naimyus sebagai penyanyi selepas mereka sama-sama berduet menerusi lagu terbaharunya berjudul Hijab Rindu di Pesta Pulau Pinang baru-baru ini.

“Dia bukan sahaja hafal lirik dan tempo lagu tetapi tampil di atas pentas dalam keadaan bersedia. Vokalnya pula memang buat saya terkejut.

“Sudah agak lama saya tak keluar dengan lagu baru, tak sangka tular di TikTok gara-gara persembahan duet kami,” katanya kepada mStar.

Melihat potensi Naimyus, Black dalam perancangan menghasilkan single pertama pemuda berkenaan yang dijangka dilancarkan akhir Januari ini.

Malah Black sendiri akan membimbingnya menjadi seorang penyanyi.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *