BANJIR KILAT BAYAN BARU, BAYAN LEPAS, RELAU DI PULAU PINANG

See more: Ayie Elham & Salma Asis Diramal Jadi Juara Famili Duo 4, Tomok & Sharul Kamal Bakal Beri Saingan Sengit?

by Amirul Asraf

Bahang dan kehangatan pentas akhir Famili Duo musim keempat kian terasa. Duo manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara dan sekaligus membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM100,000.

Artikel Berkaitan: Kemuncak Famili Duo 4 Semakin Hampir, Jom Semak Senarai Lagu Bakal Juara & Barisan Peserta

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mas Idayu Tak Pilih Kasih, Nafi Joey & Naqiu Tersingkir Sebab Lupa Lirik – ‘Kalau Dia Rasa Sesuai Untuk Ke Final Famili Duo 4, Siapa Juri Perlu Buang?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mungkin Ini Masanya Orang Sudah Tidak Mahukan Kita, Mereka Lebih Percayakan Followers Berbanding Bakat’ – Joey Daud

Tunjuk peningkatan

Menjelang malam kemuncak esok, OhBulan! sempat membuat ramalan mengenai kedudukan semua finalis yang bertanding. Sempena musim kali ini, OhBulan! memilih Ayie Elham dan Salma Asis sebagai juara. Mana taknya, pasangan ini menunjukkan peningkatan yang sangat baik setiap minggu sehingga berjaya meraih dua kali anugerah juara mingguan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Selain Ayie dan Salma, pasangan Tomok dan Sharul Kamal dijangka bakal memberikan saingan yang sengit. Pasangan sepupu ini juga pernah meraih tiga kali anugerah juara mingguan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Oleh sebab itu, min yakin Tomok dan Sharul juga bakal melakukan yang terbaik untuk pentas akhir esok.

Bagi pasangan duo adik beradik iaitu Shiha Zikir dan Ieda Zikir, keajaiban boleh berlaku seandainya persembahan mereka pada malam kemuncak nanti sangat luar biasa. 

Tema bagi minggu akhir ialah bebas serta duo/vokal berkumpulan. Berikut adalah senarai lagu yang akan mereka bawakan:

TEMA: BEBAS

Shiha Zikir dan Ieda Zikir

Mentera Semerah Padi (Datuk M.Nasir)

Tomok dan Sharul Kamal

Gadis Melayu (Jamal Abdillah)

Lagu Jiwa Lagu Cinta (Datuk M.Nasir & Mawi)

Ayie Elham dan Salma Asis

Mentari Di Ufuk Timur x Meniti Titian Usang (Search)

TEMA: DUO/VOKAL BERKUMPULAN

Shiha Zikir dan Ieda Zikir

Dokter Cinta (Dewi) 

Tomok dan Sharul Kamal

Menggegar Dunia (Adam Stacy) x Sang Saka Biru (Joe Flizzow & Friends)

Ayie Elham dan Salma Asis

Kisah Ku Inginkan (Dato Siti Nurhaliza & Judika) 

Haram (Hael & Dayang)

Jangan lupa untuk menggunakan hashtag rasmi #FamiliDuo dan #BerduoLebihBaik bagi berkongsi tekaan juara anda dan memeriahkan lagi perbualan di media sosial. Jadi, tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan pentas akhir yang akan berlangsung pada Ahad ini, jam 9 malam di TV3!


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *