MENYAMAR POLIS‼️LELAKI CUBA PERDAYA WANITA GUNA “VIDEO CALL”

See more: Tertangguh 10 tahun, SJKT Ladang Sagga beroperasi di bangunan baharu

Oleh Mohd Amin Jalil

bhnews@bh.com.my

twitter sharing button
Fadhlina (dua dari kanan) ketika hadir pada Program Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Sempena Pengoperasian Sekolah Sesi 2024/2025 dan Bangunan Baharu  di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sagga, Rantau. - Foto NSTP/Azrul Edham
Fadhlina (dua dari kanan) ketika hadir pada Program Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Sempena Pengoperasian Sekolah Sesi 2024/2025 dan Bangunan Baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sagga, Rantau. – Foto NSTP/Azrul Edham

SEREMBAN: Selepas 10 tahun tertangguh, akhirnya bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sagga Siliau Rantau dekat sini, dapat beroperasi dan digunakan 40 murid serta 10 guru.

Ia susulan proses pengurusan projek pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan tertangguh sekian lama sejak 2014.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr Roslan Hussin, berkata projek pembinaan bangunan baharu SJKT Ladang Sagga bermula pada 2012 dan sepatutnya siap serta boleh digunakan pada 2014.

“Bagaimanapun, pengoperasian bangunan ini tertangguh sekian lama disebabkan pelbagai masalah terutama aspek aset kelengkapan keselamatan seperti peralatan kebakaran bomba dan beberapa kemudahan yang lain.

Disyorkan

“Sepatutnya bangunan baharu blok dua tingkat ini boleh digunakan pada 2014, tapi baru hari ini ia mula beroperasi.

“Ini sekolah kedua di Negeri Sembilan yang mengalami nasib sama dengan sebuah lagi SJKT Ladang Pertang, tapi sudah mula beroperasi pada sesi persekolahan tahun baharu 2024 ini,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Lawatan Kerja Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di SJKT Ladang Sagga Siliau, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Zainal Abas dan Guru Besar sekolah itu, K Nalini.

Dr Roslan berkata, sepanjang tempoh berkenaan, pelbagai usaha dan tindakan diambil oleh JPNS untuk memastikan bangunan itu dapat digunakan murid sekolah terbabit.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu juga, murid sekolah berkenaan terpaksa belajar di bangunan lama yang terletak bersebelahan, namun kurang selesa selain boleh menjejaskan keselamatan mereka kerana bangunan papan.

“Setakat ini keadaan bangunan sekolah ini adalah selamat diduduki dan murid boleh belajar dengan selesa.

“Walaupun terpaksa menanti dalam tempoh yang sangat panjang, yang penting kita selesaikan segala apa masalah yang tertangguh kerana ia membabitkan kepentingan murid.

“Malah, proses melengkapkan peralatan kelas dan pembelajaran juga bermula seminggu sebelum sekolah bercuti (awal Mac lalu),” katanya.

SJKT Ladang Sagga mula ditubuhkan pada 1945 dan ketika ini seramai 40 murid dari kalangan anak penduduk Kampung Sagga yang belajar di situ dengan bimbingan 10 guru.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *