Mengalir air mata Abbey Abimbola dituduh guna wang haram terbit filem, minta semak di Bukit Aman

Abbey Abimbola terguris dituduh penjenayah, guna wang haram terbit filem – “Bukan semua orang kulit hitam itu jahat”

Oleh: FAIZ IZZAT

linkedin sharing button
email sharing button

PELAKON dan pengarah asal Nigeria iaitu Abbey Abimbola kecewa apabila usahanya mengarah filem pertamanya berjudul Hantu Bukan Biashe-Biashe dipandang serong segelintir pihak.

Apa membuatkan semangatnya luntur, ada menuduh Abbey menghasilkan filem tersebut hasil daripada dana penggubahan wang haram.

Tidak hanya itu, dia juga dilabel sebagai seorang tidak boleh dipercayai dan dianggap penjenayah hanya gara-gara warna kulitnya.

“Komen macam ini memang buat saya sakit hati sebab mereka tak kenal saya dan hanya bercakap tanpa mengenali saya.

“Bukan semua orang kulit hitam itu jahat. Boleh periksa nama saya di Bukit Aman, semak nama saya jika ada sebarang rekod melakukan jenayah.

“Janganlah menilai seseorang itu berdasarkan warna kulitnya. Perkara sebegini betul-betul buat saya terguris hati,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Abbey menjelaskan dia bukan mengarah filem di negara ini secara haram sebaliknya sudah mengikut semua syarat dan undang-undang ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Malah sebelum menjalani penggambaran dia sudah mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran Filem (SPP) dan surat sokongan kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA) dari Finas.

Tidak hanya itu, Abbey menegaskan kos penerbitan filem itu juga adalah hasil wang dikumpul ketika bergiat aktif sebagai pelakon dan pengarah di Nigeria.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *