‘YB tak nak baca buku ni’ – Pembangkang berang kenyataan Adalina

RCI Batu Puteh: Tidak timbul soal dendam terhadap Mahathir, kata Anwar

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  berhubung isu kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan, bukan bertujuan membalas dendam terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menasihatkan pembangkang supaya tidak memainkan isu ‘dendam’ Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pasukan petugas khas berkenaan ditubuhkan pada 2021 iaitu ketika mereka adalah kerajaan sebelum ini.

“Tidak timbul pun (untuk balas dendam), pasukan (petugas) khas itu dibuat sebelum saya pun, itu masa Ismail Sabri (Yaakob) sebagai perdana menteri.

“Menterinya (ketika itu adalah) Hamzah (Zainudin), Takiyudin (Hassan),  pasukan petugas khas ada buat (kajian) dan ‘finding’ (penemuan mengenai kes Batu Puteh) lebih teruk lagi. 

“Jadi tak usah main (naratif dendam),” katanya kepada waratawan selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Darul Ulum, SMKA Putrajaya, hari ini.

Anwar juga berkata, RCI itu sebagai prinsip mempertahankan kedaulatan dan wilayah negara.

“Ini soal wilayah, adakah ada negara yang mengizinkan (dengan) mudah serah (wilayah), mana boleh,” katanya.

Ditanya sama ada Dr Mahathir wajar dikenakan tindakan seperti disyorkan dalam laporan RCI, perdana menteri berkata: “Saya tak cadang apa-apa, itu serah kepada peguam negara”.

Sebelum ini, pihak pembangkang menyifatkan laporan RCI Batu Puteh itu antara agenda politik dendam khususya terhadap Mahathir yang kini menyokong pembangkang.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *