AKHIRNYA BAPA ARWAH ADHAM BONGKAR KISAH SEBENAR‼️ RAKYAT MALAYSIA SEBAK HOSPITAL MANIPULASI CERITA

See more: Israel bebas lakukan jenayah kerana tiada tanggungjawab antarabangsa

facebook sharing button
whatsapp sharing button
twitter sharing button
Tentera Israel menghalang jalan bagi menyekat peladang Palestin memetik buah zaitun di ladang mereka, di perkampungan Burqa, timur Ramallah di Tebing Barat yang diduduki. - Foto AFP
Tentera Israel menghalang jalan bagi menyekat peladang Palestin memetik buah zaitun di ladang mereka, di perkampungan Burqa, timur Ramallah di Tebing Barat yang diduduki. – Foto AFP

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa, menyatakan bahawa ketiadaan akauntabiliti antarabangsa terhadap Israel membolehkannya terus melakukan tindakan dan jenayah terhadap rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Timur Tengah Sven Koopmans pada Rabu di pejabat perdana menteri di Ramallah.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Wakil Kesatuan Eropah ke Negara Palestin, Alexandre Stutzmann.

Mustafa mengulangi bahawa pelaksanaan Resolusi 2735 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) membentuk pelan hala tuju untuk menghentikan pencerobohan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Disyorkan

Ia juga bertujuan memastikan penghantaran bantuan yang memenuhi keperluan kemanusiaan dan bantuan segera di wilayah itu serta memulakan usaha pembinaan semula.

Beliau turut menekankan keperluan untuk menyatukan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam laluan ke arah menamatkan pendudukan dan mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Menonjolkan peranan penting Gaza dalam projek kenegaraan, Mustafa menyatakan bahawa kerajaan komited untuk menguruskan Gaza bersama wilayah Palestin yang lain.

Menurut beliau, semua kementerian berkaitan telah menyediakan pelan untuk beroperasi di Gaza sebaik sahaja pencerobohan berakhir, memberi tumpuan kepada usaha bantuan, pemulihan awal, pembinaan semula, pemulihan ekonomi dan penyatuan institusi.

Mustafa turut memuji Kesatuan Eropah dan rakan antarabangsanya atas peranan penting mereka dalam menyokong usaha menzahirkan sebuah negara Palestin.

Beliau menekankan kepentingan usaha yang dipergiatkan bagi mewujudkan laluan politik untuk menamatkan pendudukan dan menzahirkan penubuhan negara Palestin yang merdeka.

Selain itu, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada EU dan institusinya kerana memberikan sokongan kewangan kecemasan kepada kerajaan pada 2024.

Mustafa juga menekankan keperluan untuk mendapatkan pakej sokongan yang mampan bagi memastikan kemajuan berterusan untuk tahun-tahun akan datang. – BERNAMA-WAFA


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *