Mayat dalam bagasi biru milik lelaki warga asing
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
Masa membaca: 2 minit

Pakaian dan peralatan dipakai mangsa yang ditemui dalam bagasi berwarna biru berhampiran kawasan perumahan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussien Onn pada Selasa.
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
KAJANG – Mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah bagasi berhampiran kawasan perumahan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussien Onn pada Selasa disahkan merupakan warga asing.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, bedah siasat terhadap mangsa dijalankan kira-kira jam 11 pagi pada Rabu oleh Pakar Patologi Hospital Serdang.
“Hasil bedah siasat mendapati mayat ini merupakan lelaki berumur lingkungan 20- an dengan ketinggian 155 sentimeter.
“Mangsa turut didapati memakai baju dan berseluar pendek berwarna hijau serta cincin silver di jari kanan.
“Selain itu mangsa turut dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG pada badan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, hasil bedah siasat turut mendapati tiada kecederaan lain pada mayat kecuali patah di bahagian hidung.
“Mayat juga dalam keadaan lengkap anggota badan serta lengkap berpakaian semasa ditemui.
“Setakat ini punca kematian tidak dapat dipastikan dan masih pending laboratory analisis,” katanya.
Artikel Berkaitan:
- Deposit, jaminan bank atasi tunggakan RM40 juta bil hospital warga asing
- Mayat siapa dalam bagasi biru?
- Warga asing tanpa lesen memandu ‘beraja’ di atas jalan raya Malaysia
Menurutnya, kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Pihak polis meminta mana-mana ahli masyarakat kehilangan ahli keluarga untuk tampil membuat pengecaman mayat di Hospital Serdang dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan R.Umesh di talian 012-6114900,” katanya.
Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!
Sinar Harian pada Selasa melaporkan bau busuk dihidu orang awam terungkai dengan penemuan mayat lelaki di dalam sebuah bagasi berwarna biru di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussien Onn.
Leave a Reply