MAYAT | 40 Mayat Dengan Kesan Diseksa Ditemui

40 mayat dengan kesan diseksa ditemukan dalam hospital

twitter sharing button
ANGGOTA perkhidmatan pembersihan mengangkat mayat yang ditemui dalam bilik mayat sebuah hospital di Damsyik. FOTO AFP.
ANGGOTA perkhidmatan pembersihan mengangkat mayat yang ditemui dalam bilik mayat sebuah hospital di Damsyik. FOTO AFP.

Beirut, Lubnan: Pemberontak menemui kira-kira 40 mayat dengan tanda diseksa di dalam bilik mayat sebuah hospital berhampiran Damsyik, pada Isnin, katanya kepada AFP.

Ia diletakkan di dalam beg mayat dengan nombor, dan ada juga yang ditulis nama di atasnya.

“Saya membuka pintu bilik mayat dengan tangan sendiri, ia satu keadaan yang sangat ngeri dan terdapat 40 mayat bertimbun yang mempunyai tanda-tanda penyeksaan mengerikan, kata Mohammed al-Hajj, seorang pejuang puak pemberontak dari selatan negara itu memberitahu AFP melalui telefon dari Damsyik.

AFP turut melihat berpuluh-puluh gambar dan rakaman video yang didakwa dirakam sendiri oleh Hajj dan menunjukkan mayat dengan tanda-tanda penyeksaan yang jelas, termasuk mata dan gigi dicungkil, berlumuran darah dan lebam.

Rakaman yang diambil di Hospital Harasta juga menunjukkan sehelai kain mengandungi tulang, selain mayat hampir mereput.

Mayat dimasukkan ke dalam beg plastik putih atau dibalut dengan kain putih, sebahagiannya berlumuran darah.

Ada juga mayat mempunyai cebisan kain atau pita pelekat yang mengandungi contengan nombor dan nama.

Ada juga mayat yang dipercayai dibunuh baru-baru ini.

Pemberontak pimpinan Islam merampas kuasa pada Ahad yang menggulingkan bekas Presiden Bashar al-Assad, yang keluarganya memerintah Syria lebih lima dekad.

Sistem pemerintahan yang Assad warisi daripada bapanya Hafez adalah kompleks penjara dan pusat tahanan yang kejam digunakan untuk menghapuskan perbezaan pendapat dengan memenjarakan mereka yang disyaki keluar daripada barisan parti pemerintah Baath.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *