Terima notis tuntutan daripada Fazura, Fattah Amin serah pada peguam
Masa membaca: 2 minit

Fattah mengesahkan menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.
‘Apa tu? Saya tidak faham,’ kata penganggur yang dituduh bunuh warga emas
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
PELAKON dan penyanyi, Fattah Amin mengesahkan menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.
Ujar Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, notis berkenaan perkara itu sudah diserahkan kepada peguamnya dan LOD itu juga sudah dibalas dalam tempoh yang ditetapkan.
“Kes itu sudah diuruskan oleh peguam saya. Saya sudah beri kenyataan sebelum ini dan saya tidak mahu beri kenyataan apa-apa lagi.
“Saya terima LOD sebelum berlepas mengerjakan umrah tetapi saya kurang pasti tarikh sebenar. Setakat ini, itu sahaja yang saya boleh kongsikan,” katanya yang enggan berkongsi kandungan LOD tersebut.
Fattah ditemui ketika majlis Sidang Media Entertainment yang berlangsung di restoran De. Wan 1958, Bangsar pada Isnin.
Sebelum ini, ketika sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 7 Oktober lalu, Fazura mendedahkan telah menghadiahkan Fattah sebuah kereta, bagaimanapun pelatun Wanita Terakhir itu menafikan dakwaan terbabit.
Bagaimanapun Fattah menafikan dakwaan itu dan memaklumkan kereta tersebut dibayar secara ansuran bulanan menerusi potongan gaji.
Sementara itu, ditanya hubungannya dengan bekas isteri, Fattah berkata, dia dan Fazura masih berhubung menerusi pembantu peribadi Fazura.
Artikel Berkaitan:
- Fattah Amin kesal terpaksa tipu anak
- Buka aib Fattah Amin, Fazura boleh dikenakan perintah hina mahkamah
- [VIDEO] ‘Mungkin dia rasa tak cukup tapi jangan cakap saya tak bagi nafkah’ – Fattah
- [VIDEO] Buka aib Fattah Amin, Fazura boleh dikenakan perintah hina mahkamah
- [VIDEO] Fazura dakwa Fattah abai nafkah, curang
- Sah cerai, Fazura menangis keluar dari mahkamah
Malah, dia juga masih dapat berjumpa anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 4, dan kali terakhir bertemu sebelum mengerjakan umrah baru-baru ini.
Berkongsi kehidupannya kini, lelaki berusia 34 tahun itu memberitahu sentiasa cuba menyibukkan diri dan sekiranya ada masa terluang, dia lebih selesa menghabiskan masa di rumah.
“Boleh dikatakan tiada hari yang tiada kerja. Alhamdulillah masih ada ibu dan ayah bersama saya.
“Ketika menunaikan umrah baru-baru ini, saya sentiasa berdoa diberi kelancaran urusan di dunia dan mungkin itu yang membuatkan rezeki saya melimpah ruah,” jelasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Leave a Reply