Volunteers come together to cleanup after floods

See more: Program Biasiswa Al-Falah Madani tidak terhad kepada orang Islam

Oleh Noor Atiqah Sulaiman 

facebook sharing button
whatsapp sharing button
twitter sharing button
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM, Datuk Mohd Na’im Mokhtar bergambar bersama penerima biasiswa pada Majlis Penyampaian Biasiswa Al-Falah Madani di bawah produk MYWAQAFPTPTN di Pullman Kuala Lumpur City. - Foto NSTP/Rohanis Shukri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM, Datuk Mohd Na’im Mokhtar bergambar bersama penerima biasiswa pada Majlis Penyampaian Biasiswa Al-Falah Madani di bawah produk MYWAQAFPTPTN di Pullman Kuala Lumpur City. – Foto NSTP/Rohanis Shukri.

#taskid

nooratiqah.sulaiman@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Yayasan Waqaf Malaysia menyediakan sebanyak RM900,070 biasiswa untuk diberikan kepada 70 pelajar dalam kalangan B40 dan M40 bagi melanjutkan pengajian di peringkat diploma.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata biasiswa di bawah Program Biasiswa Al-Falah Madani itu adalah lambang komitmen pihaknya dalam mengangkat nilai wakaf sebagai pemangkin pendidikan negara.

Disyorkan

Mohd Na’im yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia, memaklumkan biasiswa itu juga adalah program dibawah salah satu produk myWaqafPTPTN.

“Selain mahasiswa dari keluarga asnaf yang disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri, penerima manfaat program ini juga adalah terdiri daripada mahasiswa keluarga B40 dan M40, yang tidak terhad kepada beragama Islam sahaja.

“Di sinilah kita dapat melihat betapa indahnya wakaf, apabila manfaatnya boleh dinikmati oleh masyarakat.

“Kepada mahasiswa yang menerima manfaat Biasiswa Al-Falah Madani ini. Hari ini anda bukan sekadar penerima bantuan, tetapi juga membawa amanah pewakaf dan penyumbang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Biasiswa Al-Falah Madani, hari ini.

Mohd Nai’im berkata penerima biasiswa itu perlu memperoleh kejayaan sebagai balasan kepada setiap sen dan kepercayaan yang diberikan oleh penyumbang.

“Gunakan peluang ini untuk mencipta masa depan yang cemerlang, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga, masyarakat dan negara.

“Jadikan biasiswa ini sebagai batu loncatan untuk melakar kejayaan yang membanggakan. Ingatlah, ilmu yang diperoleh dengan keberkatan akan membawa manfaat yang jauh lebih besar daripada yang kita bayangkan,” katanya.

Sementara itu, penerima biasiswa, Kalvindra Cuandramohan@Kasava, 18, meluahkan rasa syukur dengan pemberian biasiswa berkenaan kerana ia dapat menampung pengajiannya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

“Ibu bapa saya mendapat maklumat mengenai biasiswa ini daripada aplikasi WhatsApp, jadi mereka minta saya memohon.

“Saya tidak sangka dipilih sebagai penerima dan sangat berterima kasih kepada pihak berkaitan kerana dengan biasiswa ini, ia sangat membantu pelajar yang kurang berkemampuan seperti saya,” katanya yang mengambil jurusan Pengurusan Logistik di UPNM.

Seorang lagi penerima, Alyaa Afifah, 18, berkata ketika menerima maklumat bahawa dirinya diterima, beliau tidak mempercayainya dan menganggap ia sebagai cubaan penipuan atas talian.

“Mereka pada mulanya hanya menghantar pesanan ringkas kepada saya, jadi saya tidak percaya kerana ingatkan ia ‘scam’.

“Tapi apabila pihak berkenaan menghubungi dan menerangkan secara lanjut mengenai biasiswa ini, barulah saya percaya.

“Saya sangat bersyukur kerana biasiswa ini dapat bantu saya ketika pengajian kerana keluarga saya bukannya dari golongan yang senang,” katanya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *