ayi antara 93 pendatang asing ditahan imigresen

Kuala Lumpur: Bayi berusia empat bulan antara 93 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi di Pangsapuri PKNS, Taman Dagang, Ampang Jaya semalam.
Operasi yang bermula pada 12.30 tengah malam itu dilakukan pasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, Pati yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Pakistan berusia antara empat bulan hingga 55 tahun.
Menurutnya, keseluruhan 189 individu diperiksa susulan aduan awam mengenai kebanjiran pendatang asing yang disyaki tinggal di kawasan perumahan berkenaan.
- Rasuah projek RM250 juta, pengarah bergelar datuk, penjawat awam ditahan
- Barang niaga diletak di kawasan awam kena sita
- ‘Jika saya kembali… kena terima idealisme saya lihat UMNO berubah’ – Khairy
- Liverpool hilang sabar, mahu cari pengganti Nunez
- Fosil Stegosaurus berharga AS$44.6 juta dipamerkan
“Semua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata, semua tahanan dihantar ke Depot Imigresen di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut.
“JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.
Leave a Reply