Dato’ Red Menangis, Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Adira Suhaimi Tiba-Tiba Pengsan

See more: Adira dirawat di hospital kerana demam panas

Adira ditahan di hospital
Adira ditahan di hospital

Kuala Lumpur: Penyanyi Adira Suhaimi, 33, ditahan di wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya selepas jatuh pengsan di rumahnya, kelmarin.

Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, dia dihantar ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan dan diberitahu doktor mengalami demam panas selain kurang sel darah merah.

“Lepas waktu Isyak saya tiba-tiba pengsan di rumah. Abang-abang saya yang uruskan panggil ambulans dan bawa saya ke hospital.

“Syukur keadaan sekarang sudah stabil, cuma perlu rehat sehingga demam betul-betul sembuh,” katanya kepada sebuah portal.

Kesibukan tanpa henti kebelakangan ini kemungkinan menjadi faktor kesihatannya terjejas kerana kurang rehat.

Disebabkan itu, dia memutuskan untuk rehatkan diri secukupnya buat masa ini.

Penyanyi Pujaan Hati itu juga terpaksa membatalkan beberapa undangan persembahan.

“Setakat ini persembahan hari Ahad sahaja yang tak boleh saya batalkan, jadi saya perlu sihat sebelum Ahad.

“Syukur beberapa penganjur lain memahami keadaan saya dan terpaksa batalkan undangan persembahan,” katanya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *