See more: Shila Amzah Share Gambar Baby Girl – “Fotostat Muka Papa, Tapi Dagu Tetap Milik Mâm
Penyanyi, Shila Amzah akhirnya berkongsi wajah anak perempuannya, Rhea Akira selepas puterinya untuk mencecah usia sebulan.
Isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubaidillah Mz ini berkongsi foto demikian menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.
“Assalamualaikum aunty and uncle. Hari ini genap @rheaakiraa sebulan.
“Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Shila berkongsi dua foto, pertama wajah terkini anaknya ketika berat hampir 4 kilogram (kg) dan gambar kedua saat Rhea baru dilahirkan.
Kata Shila, anaknya itu banyak mengikut wajah Ubai namun dagu puteri tercintanya itu tidak saling tumpah sepertinya.
“Gambar tutup mata gambar latest nak 4kg dah, gambar sebelah tu baru lahir 2.84 Kg.
“Muka banyak ikut papa dia @ubaimz , Tapi dagu tetap milik mama,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen turut memuji wajah Rhea yang begitu comel.
Sekadar info, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2021.
Hasil perkahwinan hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira yang baru dilahirkan pada 9 Mei lalu.
Pelantun lagu Memori Tercipta ini juga mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais, 5 tahun hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Nafi Terlibat Dalam Aktiviti ‘Trading’ – “Tak Ada Masuk Duit Mana-Mana Lepas Tu Tiba-Tiba Kaya”
Artikel Berkaitan: Individu Luah Mahu Bercerai Tapi Malu, Ini Respons Shila Amzah – “Kalau Suami Dera Mental & Fizikal, You Tak Payah Malu”
Artikel Berkaitan: Air Mata Ubai MZ Gugur, Shila Amzah Selamat Lahirkan Bayi Perempuan… Pilih Nama Rhea Akira
Leave a Reply