KEJADIAN DI PARKIR KERETA APARTMENT JELUTONG, SELAYANG‼️BRADER KENARI DICARl POLlS

See more: Lelaki ditahan gara-gara ekori rapat ambulans

Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta dan motosikal mengekori rapat sebuah ambulans yang dalam tugasan kecemasan.

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditahan selepas dikesan memandu kereta dalam keadaan berbahaya dengan mengekori rapat sebuah ambulans di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam tadi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Katanya, polis kini sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang turut melakukan perkara sama.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang kelmarin ketika sebuah ambulans melalui Kilometer 15 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang.

“Ambulans itu diekori sebuah kereta dan motosikal yang turut boleh membahayakan pengguna jalan raya lain. Siasatan juga mendapati pemandu kereta dan penunggang motosikal itu bukan ahli keluarga atau mempunyai kaitan dengan pesakit dalam ambulans itu.

“Kita sudah menahan pemandu kereta itu dan kini mengesan penunggang motosikal. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memberikan laluan kepada mana-mana kenderaan dalam tugas kecemasan serta tidak mengekori belakang kenderaan itu.

“Ini kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Pihak polis juga meminta pengguna jalan raya yang lain agar sentiasa bekerjasama dan memberikan maklumat kepada pihak polis jika mengesan sebarang kejadian sedemikian,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 42 saat memaparkan sebuah kereta dan motosikal mengekori rapat sebuah ambulans yang dalam tugasan kecemasan.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *