[CLIP] Mbuzz (2024) | Fri, Nov 29 – ‘Anak Seni Pun Manusia Juga’ – Didi & Thamiera | Tonton

See more: [VIDEO] Ira Kazar Tak Terfikir Nak Kahwin Lagi, Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang – ‘Buat Masa Sekarang, Saya Tak Terima Pinangan’

Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui akan menolak sekiranya ada individu yang melamarnya untuk menjadikan teman hidup.

Artikel Berkaitan: Ira Kazar Terima Teguran Guru Vokal Dengan Hati Terbuka, Cadang Mahu Daftar Kelas Nyanyian

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ira Kazar Boleh Menyanyi, Suara Dia Sedap Cuma Lemah Pernafasan’ – Cikgu Vokal

‘Saya bahagia dengan kehidupan sekarang’

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok,  Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin, 29, memberitahu bahawa dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua meskipun dirinya kini masih solo.

Tambah Ira lagi, dia juga tidak terfikir untuk menerima pinangan mana-mana lelaki walaupun individu tersebut seorang yang berpengaruh atau berharta. Anak kepada pelakon veteran Kazar ini mengakui dia kini bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Buat masa sekarang saya tak terima kot pinangan. Sebab saya bahagia dengan kehidupan saya yang sekarang.

Dalam masa yang sama, usahawan kontroversi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri juga sempat berseloroh dengan bertanyakan kepada Ira adakah benar dia tidak memiliki teman istimewa.

Kalau ada pun (teman lelaki) tak akan nak tunjuk.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan yang dimiliki Ira malah mereka menyifatkan wanita itu kelihatan lebih berseri selepas bercerai.

Betul kata Ira, kalau ada pun tak perlu tunjuk. Dewasa pemikiran dia

Sejak cerai bukan main dia berseri, lawa

Pipi dia chubby, makin berisi dan makin lawa

Berkenan..lelaki biasa boleh ke Cik Ira Kazar

Kalau ada pun, Ira berhak bahagia. Semoga pengganti bekas suami lebih bertanggungjawab


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *