Dua beradik maut tanah runtuh di Ajil, Terengganu
KUALA BERANG: Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas kediaman mereka di Kampung Bukit Apit di sini dihempap tanah runtuh petang tadi.
Susulan insiden tanah runtuh dipercayai jam 4.30 petang, dua mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, masing-masing ditemukan jam 6.32 petang dan 6.59 petang.
Sementara mangsa yang terselamat Uzair, 17, ditemukan jam 5.17 petang.
Disyorkan
- 50 mangsa banjir berteduh di masjid, kediaman dinaiki air lebih 1 meter
- Tumpat daerah terbaru di Kelantan dilanda banjir
- Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika tutup suis mesin basuh
- “Kali pertama tanam bawang merah mampu raih hasil lebih RM30,000 dalam tempoh 3 bulan’

Terdahulu media melaporkan tiga mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Terengganu.
Pasukan bomba menerima panggilan jam 4.59 petang sebelum pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan Wakaf Tapai bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.
Sementara itu, jiran mangsa Danial Arabi, 36, memberitahu dia dengar suara mangsa meminta tolong namun saya tidak dapat buat apa-apa kerana tidak tahu keberadaan mereka.

Danial adalah jiran kepada tiga beranak yang dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang dipercayai berlaku jam 4.30 petang tadi.
Insiden itu menghempap tiga rumah iaitu sebuah rumah yang didiami semua mangsa dan dua rumah yang sedang dalam pembinaan.
Danial berkata, dia yang sedang berehat dikejutkan dengan bunyi dentuman dan bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.
“Sebaik keluar, saya melihat tanah runtuh yang menghempap tiga rumah termasuk rumah dihuni enam beranak.

Leave a Reply