Rim motosikal kena curi, dituduh menipu pula… TikToker tampil perjelas hal sebenar!

See more: Wani Kayrie belum terfikir cari cinta

Wani memberi tumpuan kepada keluarga dan karier sebelum memikirkan soal hati. - Foto NSTP Nabila Adlina Azahari
Wani memberi tumpuan kepada keluarga dan karier sebelum memikirkan soal hati. – Foto NSTP Nabila Adlina Azahari

KUALA LUMPUR: Sedekad bertapak dalam dunia muzik, diakui, bukan mudah hendak mempertahankan kedudukan. Tidak hairanlah, Syazwani Syafirah Abdullah atau nama komersial, Wani Kayrie, 24, terpaksa menepis soal cinta dan hidup sendirian.

Pernah digosip menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan, kisah mereka kembali ‘hangat’ apabila jejaka itu dilapor konon sanggup menunggunya sampai bila-bila.

Mengulas perkara itu, Wani mendakwa tidak tahu menahu mengenai kenyataan yang dikata dikeluarkan Afieq.

“Afieq adalah kawan baik saya, kami berkawan dari kecil. Setakat ini, saya tidak tahu bagaimana perjalanan kami. Doakan sahaja yang baik-baik buat kami.

Disyorkan

“Hendak kata ada hubungan, kami berdua sangat rapat. Jika orang tengok seolah-olah ada apa-apa antara kami, saya mohon lihatlah dari sudut yang baik dan doakan sahaja.

“Belum masanya saya fikir ke arah itu. Saya mahu fokus kepada keluarga terutama emak yang kurang sihat.

Wani melancarkan single terbaharu berjudul Aiman Tino di ibu negara, baru-baru ini. - Foto NSTP Nabila Adlina Azahari
Wani melancarkan single terbaharu berjudul Aiman Tino di ibu negara, baru-baru ini. – Foto NSTP Nabila Adlina Azahari

“Saya juga mahu fokus kepada diri dan peminat yang menantikan karya saya,” katanya ditemui selepas majlis pelancaran single dan video muzik Aiman Tino di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas mengenai persiapan Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu ini, Wani sudah menyiapkan hampir semua keperluan bagi acara itu.

“Alhamdulillah, sudah siap 90 peratus. Saya buat persiapan awal kerana pada masa sama, saya sibuk mempromosikan single Aiman Tino.

“Sudah lebih setahun saya tiada lagu baharu. Jadi, kenalah beri fokus yang lebih kepada lagu itu.

“Semestinya lagu Aiman Tino akan saya bawa pada malam itu kelak. Insya-Allah saya akan selitkan kelainan dalam persembahan saya,” katanya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *