See more: Tumpat daerah terbaru di Kelantan dilanda banjir

KOTA BHARU: Tumpat menjadi daerah terbaru dilanda banjir menjadikan sembilan jajahan dinaiki air di Kelantan membabitkan keseluruhan mangsa banjir seramai 3,844 orang sehingga 11 pagi ini.
Peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir daripada 1,170 keluarga yang ditempatkan di 60 pusat pemindahan sementara (PPS).
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sembilan daerah yang dilanda banjir adalah Pasir Mas, Kuala Krai, Jeli, Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.
Sebanyak 12 PPS dibuka di Pasir Puteh, masing-masing sembilan PPS di Kota Bharu dan Kuala Krai, Tanah Merah (lapan), Pasir Mas (tujuh), Machang (lima), masing-masing empat PPS di Bachok dan Jeli serta dua PPS di Tumpat.
Disyorkan
- ‘Waktu itu saya sombong, ada duit rasa boleh buat sendiri’ – Rosyam Nor
- Rumah, 4 kenderaan milik Datuk Vida disita, gagal bayar hutang lebih RM1 juta
- Penerbangan MH79 dari Hong Kong ke KL dilencongkan ke Ho Chi Minh City – MAS
- Datuk Vida mohon diberi ruang selesai isu hutang lebih RM1 juta
Antara PPS yang menempatkan mangsa banjir adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat iaitu seramai 431 orang daripada 108 keluarga, diikuti SK Changgai (255 mangsa daripada 110 keluarga) dan SK Kamil 2 di Pasir Puteh (209 mangsa daripada 56 keluarga) serta SK Pengkalan Kubor 2 di Tumpat (234 mangsa, 61 keluarga).
Leave a Reply