See more: Janna menangis netizen tuduh Dini terlebih hormon perempuan

KUALA LUMPUR: Pelakon Janna Nick meminta netizen berhenti bertanya soal cahaya mata kepadanya.
Menerusi hantaran dalam Instagram, Janna dilihat terlalu emosional sehingga menitiskan air mata apabila berbicara soal zuriat.
Pengacara program Famili Duo itu memuat naik hantaran berikutan terkesan dengan komen seorang netizen yang menuduh suaminya, Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan sehingga menyukarkan mereka mendapatkan zuriat.
Pada hantarannya itu, Janna turut memaklumkan mereka sudah menjalani rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) pada Oktober tahun lalu, namun belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.
Disyorkan
- Suasana pilu selubungi pengkebumian tiga beranak mangsa kemalangan di Setiu
- Johari Abdul sahkan sudah terima saman pemula BERSATU
- ‘Nasib abang polis bantu, sempat jumpa suami sebelum berlepas ke Lubnan walau sesat 2 jam’
- Penerbangan MH79 dari Hong Kong ke KL dilencongkan ke Ho Chi Minh City – MAS
“Kami berusaha keras mendapatkan ‘baby’. Bila orang tanya saya bila nak ada anak, saya tanya pada Allah bila nak bagi saya anak. Orang tanya saya, tapi saya nak jawab apa?
“Oktober lalu cukup setahun saya jalani IVF, tapi gagal. Saya juga sudah buat ujian Paras Hormon Anti-Mullerian (AMH) dan Histerosalpingogram (ujia diagnosis masalah berkaitan rahim).
“Dini pun sudah buat ujian sperma dan kami berdua okay. Saluran saya tak tersumbat, cuma masa buat IVF, jumlah telur saya teruk dan semuanya rosak.
“Umur macam saya ada lima telur adalah sangat teruk. Ada yang cakap rileks, tak perlu terburu-buru. Saya tidak mahu tertekan, saya buat IVF dan tahu keadaan kesihatan, tahap hormon dan telur macam mana.
“Rahim saya terbalik, sebab itu saya berusaha untuk kurangkan kerja. Saya tak ambil ‘job’ berlakon yang panjang-panjang dan ubah gaya hidup.
“Orang yang tanya tahu tak saya mencuba pelbagai cara? Jadi, tolong berhenti bertanya bila nak dapat baby. Ada yang beri petua suruh orang mengandung pijak ibu jari kaki, saya minta Nabila Razali pijak ibu jari kaki saya.
“Bulan lalu, saya ambil ubat kesuburan clomate, tetapi pagi ini saya datang bulan. Jadi, korang nak apa? Hentikan tanya saya soalan sama, ada yang suruh saya minum pelbagai jenis susu.
“Walaupun tak suka susu, saya tetap minum. Semua orang sibuk nak beri tip dan macam tahu banyak benda,” kata Janna.

Bagaimanapun, Janna berkata, dia menghargai komen baik-baik yang mendoakan Allah mengurniakan zuriat.
Ketika ini, katanya, dia amat memerlukan doa kerana semua ini adalah ketentuan Tuhan.
“Saya makan macam-macam, folic asid, coq10, muka naik jerawat buat IVF. Orang kata saya gemuk, tapi saya sabar sahaja.
“Saya tak berani bersenam dan takut nak kerja kuat atau bergerak banyak. Sampai saya tertanya adakah sebab saya bergerak banyak hingga gagal IVF.
“Saya merayu tolong jangan tanya lagi, saya hargai doa yang baik-baik. Kami tiada masalah kesuburan, tapi saya berharap jumlah telur saya ada peningkatan baik.
“Apa yang anda nak, semuanya kami sudah buat. Jumpa pelbagai doktor, berurut, cuma berikan kami masa sampai Allah nak beri rezeki.
“Kalau nak kongsi tip boleh, tapi jangan komen benda tak baik dan negatif seolah-olah kami bermasalah,” pinta Janna.
Janna dan Dini mendirikan rumah tangga di Langkawi, Kedah pada 10 Jun 2023.
Leave a Reply