GELAGAT ‘BANG AJI’ JOIN KOMUNITI OLD MONEY DENGAN AERIL ZAFRIL BUAT RAMAI GERAM

See more: Kakak Dedah PK HEM Sudah Minta Maaf Dekat Keluarga

Seorang anak pasti tidak senang duduk dengan keadaan ibu bapa yang sedang sakit.

Begitulah kisah seorang pelajar yang tidak hadir peperiksaan kerana ayahnya yang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Artikel Berkaitan: Pelakon Kamal Bakar Ditidurkan Di ICU, Anak Maklum Bapa Hidap Kanser Paru Paru – ‘Puncanya Ayah Kerap Batuk’

Artikel Berkaitan: Suhaimi Saad Ditidurkan Di ICU – ‘Muntah Setiap Kali Makan Sehingga Susut Berat Badan’

Ayah bertarung nyawa

Menerusi perkongsian di TikTok, difahamkan pelajar dari sekolah sekitar Cheras, Kuala Lumpur itu telah menghantar surat penjelasan tidak hadir ke peperiksaan.

Namun begitu, reaksi Guru Penolong Kanan (PK HEM) didakwa mempertikaikan ketidakhadiran pelajar tersebut.

Ayah dah m*ti ke belum? Kalau belum, kenapa tak boleh datang exam?

Hal ini didedahkan oleh kakak kepala pelajar berkenaan. Akan tetapi, hantaran itu dipercayai telah diturunkan setelah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Guru mohon maaf

Terbaharu, individu tersebut dilihat memuat naik pengakuan yang menyatakan guru tersebut meminta maaf dan bakal melawat ayahnya di hospital. 

Individu yang terlibat telah meminta maaf pada keluarga saya dan sudi melapangkan masa berjumpa keluarga di hospital. 

Saya mohon doa orang ramai untuk ayah saya kembali pulih dan pulang ke pangkuan kami.

Sumber: TikTok yuyunoordinTikTok dnaaazmr


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *