KEJADIAN DI LEBUHRAYA PLUS BERHAMPIRAN NILAI, NEGERI SEMBILAN

See more: Dua parah, 4 cedera nahas 7 kenderaan

LOKASI kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 274.9 (U) Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), pagi ini.  FOTO Ihsan Plus.
LOKASI kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 274.9 (U) Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), pagi ini. FOTO Ihsan Plus.

Seremban: Dua parah, manakala empat lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 274.9 (U) Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kemalangan jam 6.50 pagi dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian sebuah lori Daihatsu dipandu seorang lelaki berusia 74 tahun bersama kelindan berusia 60 tahun dalam perjalanan dari Tampin menghala ke Kajang, Selangor.

“Apabila sampai lokasi kejadian, lori berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *