Alor Setar: Tiga pengawal keselamatan sanggup membuat laporan polis palsu kononnya mereka disamun sehingga menyebabkan wang tunai berjumlah RM200,000 lesap dilarikan penjenayah.
Dalam kejadian Selasa lalu, ketiga-tiga suspek berusia 28, 37 dan 38 tahun membuat laporan polis dengan ditemani majikan mereka pada 12 tengah hari untuk memaklumkan kononnya mereka disamun.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan polis mendapati keterangan mereka mencurigakan dan hanya rekaan semata-mata lalu ditahan untuk siasatan lanjut.
“Hanya dalam tempoh dua jam, polis berjaya mendapatkan semula wang tunai RM200,000 yang dilaporkan hilang kononnya disamun selepas maklumat kehilangan wang itu diterima.
- Tragedi di pusat beli-belah: Budak terjatuh akibat panel kaca ‘tercabut’
- Peniaga ayam goreng kunyit RM20 didenda RM10,000
- Isteri Harun Hashim meninggal dunia
- Beza umur 33 tahun bukan penghalang cinta Norain terhadap Awang Zainal
- Johor pertimbang kerja 4 hari setengah seminggu bagi sektor awam
“Berikutan itu, syarikat kawalan keselamatan terbabit membuat laporan polis berhubung kejadian untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, hari ini.
Syed Basri berkata, siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek itu dipercayai mencari peluang untuk melarikan wang tunai terbabit selepas mengambilnya di sebuah bank.
Menurutnya, mereka sepatutnya menghantar wang itu ke institusi kewangan lain, namun memberi alasan kononnya wang berkenaan yang diletakkan dalam guni disamun suspek lain.
“Ketiga-tiga suspek tiada rekod jenayah, namun dua daripada mereka didapati positif dadah jenis methampetamine.
“Polis merampas beberapa barangan seperti motosikal, pakaian seragam pengawal keselamatan, guni menyimpan wang tunai, wang tunai RM200,000, kunci motosikal serta telefon bimbit,” katanya.
Katanya, kesemua suspek direman tiga hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Leave a Reply