Hattan beri nasihat makan dalam, artis baharu jangan cepat ‘sentap’

 mStar | Hiburan

Kerja kuat, ikhlas dan jangan tinggal solat… Hattan nasihat artis baharu usah cepat putus asa

Oleh: FAIZ IZZAT

linkedin sharing button
email sharing button

PENYANYI Datuk Hattan menasihati penyanyi baharu untuk tidak cepat berputus asa sekiranya percubaan mereka menghasilkan lagu tidak berjaya seperti diingini.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 59, berkata mereka haruslah mempunyai semangat dan sentiasa meletakkan kepercayaan dalam setiap hasil kerja yang dilakukan.

“Kena cuba contohi seperti penyanyi Hazama dan kumpulan Barbarik yang masih keluarkan album walaupun sudah lama ada dalam industri.

“Kena yakin dan kepada adik-adik yang baru ni jangan takut dan kena mencuba, kalau boleh jangan cepat sentap sebab kalau selalu sentap nanti akan bawa kepada kegagalan.

“Yang paling penting kena kerja kuat, iklas dan jangan tinggalkan solat, pasti ada rezeki akan datang,” kata Hattan kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *