AKAK HONDA TERIMA PADAH SELEPAS BANTU AMBULAN

See more: ‘Muhammad Umar yang berusia dua tahun bersungguh-sungguh melambai kepada kami…’

facebook sharing button
whatsapp sharing button
twitter sharing button
Sebahagian waris mangsa di Jabatan Perubatan Forensik  Hospital Melaka.
Sebahagian waris mangsa di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

MELAKA: “Muhammad Umar yang berusia dua tahun bersungguh-sungguh melambai kepada kami ketika kereta bergerak sehinggalah hilang daripada pandangan mata”.

Itu antara kenangan tidak dapat dilupakan Nur Aqilah Mazupi, 30, ibu saudara kepada Muhammad Umar Khairul Ikhwan yang maut bersama bapa, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan ibu, Fadzlenna Ramli, 32, dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Alor Gajah, malam tadi.

Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, dipercayai kira-kira jam 8.40 malam tadi, mengorbankan tujuh nyawa, manakala 33 lagi cedera.

Siasatan awal mendapati bas persiaran dari arah utara terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah menyebabkan pemandu bas hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung tiga kenderaan.

Disyorkan

Nur Aqilah, adik kepada Khairul Ikhwan yang memandu Toyota Estima dalam kejadian itu, memaklumkan kali terakhir berjumpa keluarga abangnya itu pada 21 Disember lalu ketika arwah sekeluarga singgah di Seremban sebelum ke Melaka.

Kenangan lain adalah ketika meraikan sambutan ulang tahun kelahiran tiga anak saudaranya secara serentak bulan lalu, kali pertama majlis seumpamanya diadakan keluarga mereka kerana tidak mahu ketiga-tiga anak saudaranya yang lahir pada bulan berbeza merajuk.

“Mereka lahir pada Februari dan Disember, tapi sebab tak mahu ada yang merajuk, sambutan dibuat serentak dan itu adalah kali pertama dibuat. Sambutan diadakan di rumah nenek mereka di Bangi, Selangor,” katanya.

Menurut Nur Aqilah, abangnya yang juga anak kedua daripada lima beradik ke Melaka untuk sambutan hari keluarga sebelah Fadzlenna.

“Saya tahu kemalangan ini selepas tengok berita. Apabila dilaporkan ada kemalangan membabitkan Toyota Estima, saya hubungi polis untuk pengesahan nombor plat kereta dan terus ke sini,” katanya.

Dalam kejadian itu, Khairul Ikhwan yang bertugas sebagai Penolong Jurutera di Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fadzlenna, Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, maut di tempat kejadian bersama anak bongsu mereka dan bapa Fadzlena, Ramli Ab Wahab, 66.

Turut terkorban ialah pemandu bas persiaran, Noorisnien Khamid, 56, manakala dua lagi yang maut di tempat kejadian, masing-masing seorang penumpang Toyota Estima dan bas persiaran, masih belum dikenal pasti.

Anak sulung pasangan berkenaan, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala anak kedua Nur Sofea Humaira, 4, dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Zon Kuning.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *