BRADER INDIA KENA HALAU RUMAH SOUND JIRAN CINA‼️ KEJADIAN DI AUSTIN, JOHOR BHARU

See more: 10 PATI ditemui berhimpit dalam Perodua Alza terbabas

Oleh Siti Rohana Idris 

bhnews@bh.com.my

facebook sharing button
whatsapp sharing button
twitter sharing button
Polis menemui 10 PATI berhimpit dalam Perodua Alza yang terbabas ketika melarikan diri, malam tadi. - Foto ihsan polis
Polis menemui 10 PATI berhimpit dalam Perodua Alza yang terbabas ketika melarikan diri, malam tadi. – Foto ihsan polis

TUMPAT: Sepuluh pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, ditemui berhimpit dalam sebuah kenderaan yang terbabas ketika melarikan diri dari pihak berkuasa, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata terdahulu kenderaan jenis Perodua Alza itu dikesan dipandu dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 7.40 malam di Jalan Terbak, di sini.

Justeru, katanya, anggota kereta peronda polis cuba menahan dan memberi amaran berhenti dengan menggunakan siren serta pembesar suara.

Namun, beliau berkata, pemandu Perodua Alza itu enggan menghentikan kenderaan terbabit, sebaliknya memecut melarikan diri menghala ke Jalan Wakaf Bharu dengan memandu secara berbahaya.

Disyorkan

“Apabila sampai di jalan Kampung Bechah Temalang, Wakaf Bharu, pemandunya melanggar beberapa kenderaan lain sebelum terbabas.

“Suspek kemudian melarikan diri, dan usaha mengejar serta menjejakinya tidak berjaya disebabkan keadaan cuaca gelap ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Khairi berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menjumpai 10 PATI warga Myanmar berusia dua hingga 41 tahun, termasuk dua wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan melalui sistem ‘Mobile Card Acceptence Device’ (MCAD) mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu adalah palsu.

“Kesemua tangkapan dan kenderaan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 55E Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Tumpat melalui talian 09-7257222,” katanya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *