“YANG TERANCAM HANYA DIA” ATUK KENA SINDIR !

Dr M, pemimpin PN bersatu lawan ‘musuh bersama’ orang Melayu

Bekas perdana menteri itu berkata kuasa orang Melayu ke atas Tanah Melayu akan hilang jika tiada tindakan diambil.

muhyiddin yassin, mahathir mohamad n idris ahmad
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad (duduk, tengah) bersama Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin (kiri) dan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dalam sidang media hari ini.

PUTRAJAYA: 

Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) bersatu untuk melawan “musuh bersama” orang Melayu.

Bekas perdana menteri itu berkata, hak orang Melayu dirampas secara beransur-ansur di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan ini mendorong mereka bersatu bagi memperjuangkan hak masyarakat itu.

“Kuasa Melayu atas Tanah Melayu akan hilang jika satu usaha tidak dilakukan dari sekarang untuk menghalangnya. Kami setuju bahawa kita mempunyai musuh yang sama. Kami perlu bersatu lawan musuh bersama ini.

“Setuju menyatukan bangsa Melayu untuk menghalang kuasa Melayu terus lenyap…untuk mewujudkan perpaduan Melayu bagi memastikan mereka tidak hilang semua kuasa,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat bersama pemimpin yang hadir.

Turut hadir Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa dan bekas timbalan presiden Pejuang Marzuki Yahya.

Mahathir yang juga bekas pengerusi Bersatu, mendakwa ramai orang Melayu lantang bersuara berdepan tekanan kerajaan.

“Ancaman dibuat bahawa mereka akan didakwa di mahkamah sebagai penjenayah, ditahan dan didenda. Disebabkan itu, ramai orang Melayu merasakan mereka perlu bersatu kerana ia masalah umum kepada mereka semua.

“Ini tidak terikat kepada parti (politik) tertentu saja.”


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *