See more: Along Cham hadapi dua pertuduhan miliki ganja

SEPANG: Pelakon dan pelawak, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, atau dikenali Along Cham didakwa dengan dua pertuduhan miliki ganja di dua mahkamah berasingan di sini, hari ini masing-masing membabitkan ganja seberat 58.23 gram dan 2.07 gram
Bagaimanapun Along mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan.
Di Mahkamah Sesyen, Along didakwa memiliki ganja seberat 58.23 gram.
“Tidak (mengaku tidak bersalah),” katanya sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Disyorkan
- ‘Tiap kali mak suruh kahwin lagi, adik merajuk terus ke kubur isterinya’
- MRCB tarik diri dari konsortium HSR diketuai Berjaya Rail
- Wanita selamat daripada dirogol di tandas awam selepas cakar, gigit penjenayah
- AS serah dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo selepas 18 tahun
Mengikut pertuduhan pertama, selebriti itu didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Cyber 9, Cyberjaya, dekat sini pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.
Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan sebat maksimum 10 sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan itu tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun, Along merayu jaminan diberikan berikutan mempunyai anak yang akan bersekolah tahun depan.
“Saya merayu jaminan kerana ada anak mula bersekolah,” katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Fuad tidak membenarkan jaminan berikutan peruntukkan undang-undang mengikut seksyen itu adalah kesalahan tidak boleh dijamin.
“Dah cakap tak boleh jamin, law (undang-undang) kata tak boleh jamin, alasan anak sekolah ke apa, memang law kata tak boleh jamin.
“Kalau boleh jamin dan bergantung kepada mahkamah, boleh saya pertimbangkan untuk bagi jamin. Tapi undang-undang kata tak boleh jamin,” katanya yang turut menetapkan sebutan kes untuk laporan kimia pada 27 Januari depan.
Sementara itu di Mahkamah Majistret, Along didakwa memiliki ganja seberat 2.07 gram mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952
Beliau membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Bukhori Ruslan.
Tarikh perbicaraan ditetapkan 28 Februari tahun hadapan.
Turut hadir di mahkamah, isteri Along, Afreena Suhaimi dan
pengurusnya, Farid Shahril.
Leave a Reply