AL-FATIHAH | Jenazah Pelakon Lan Zailan Selamat Dikebumikan

Jenazah Lan Zailan selamat dikebumikan

fatin.farhana@bh.com.my

PUCHONG: Jenazah pelakon veteran, Allahyarham Lan Zailan, 66, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini, jam 11.20 pagi tadi.

Kira-kira 300 orang termasuk isterinya, Ruby Sara Omar, lima cahaya mata sanak saudara serta kenalan mengiringi perjalanan akhir ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Lan disolatkan di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, di sini.

Selain keluarga, lebih 150 ahli keluarga dan kenalan termasuklah rakan artis seperti Azan Scan dan Sheila Mambo berada di masjid.

Disyorkan

Sementara itu, Datuk Fizz Fairuz, Ellie Suriaty, Riezman Khuzaimi dan Ijam Medicine sempat mengiringi perjalanan akhir arwah ke Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Terdahulu, Lan menghidap kanser pankreas tahap empat meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), jam 4.24 pagi tadi di sisi isteri dan anak-anak.

Sebelum ini, Ruby Sara memberitahu keadaan suaminya kritikal selepas kembali dimasukkan ke PPUM, Ahad lalu.

Sehari sebelum itu, arwah dibenarkan pulang, tetapi dikejarkan semula ke unit kecemasan zon merah.

Jenazah Allahyarham Lan Zailan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, jam 11.20 pagi tadi. - NSTP/Fatin Farhana Ariffin
Jenazah Allahyarham Lan Zailan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, jam 11.20 pagi tadi. – NSTP/Fatin Farhana Ariffin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *