KEJADIAN JAM 4 PAGI DI TAMAN KLEBANG PUTRA, IPOH, PERAK

See more: Pengasuh didakwa aniaya bayi tiga bulan

Pengasuh didakwa aniaya bayi tiga bulan

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menganiaya bayi berusia tiga bulan. -Sinar Harian

JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas pertuduhan menganiaya seorang bayi berusia tiga bulan yang diasuh pada Julai lalu.


Ringkasan AI

  • Monsinah Sapari, 48, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menganiaya bayi berusia tiga bulan. Dia mengaku tidak bersalah.
  • Perbuatan didakwa berlaku pada 17 Julai di Kampung Melayu Kangkar Pulai.
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 34(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000.
  • Kes akan disebut semula pada 15 Januari.

Tertuduh, Monsinah Sapari, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan ke atas bayi lelaki berkenaan telah menganiayai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kuarters Guru, Jalan Tawakal, Kampung Melayu Kangkar Pulai di sini, antara jam 7.30 pagi hingga 12.44 tengah hari, 17 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 34(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh, manakala tertuduh diwakili peguam Mohammad Muzammil Mohamad Hairiri.

Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan pertuduhan dibuat di bawah kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Namun, peguam Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri yang mewakili tertuduh memohon budi bicara mahkamah untuk membenarkan anak guamnya diikat jamin.

“Tertuduh seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak yang mana dua sudah bekerja dan dua lagi masih bersekolah.

“Dia merupakan suri rumah, namun untuk membantu menjana pendapatan, dia menjadi pengasuh kanak-kanak.

“Tertuduh ditanggung suaminya yang bertugas sebagai guru. Mereka mempunyai alamat tinggal tetap, jadi tiada risiko untuk tertuduh melarikan diri,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta dua syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa perlu diserahkan kepada mahkamah serta perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 15 Januari depan untuk serahan dokumen. –Sinar Harian

Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh – Polis

Sinar Harian

10/12/2024 10:15 MYT

Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis

Pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa. – Gambar hiasan

JASIN: Siasatan awal polis mendapati tiada unsur penderaan dalam kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan ketika dalam jagaan pengasuhnya pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa.

https://embed.astroawani.com/embed-news-keyword/keyword/bayi/id/500041

“Setakat ini, pengasuh tidak direman namun bergantung kepada laporan kimia dan hasil bedah siasat yang akan diperoleh nanti,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Media pada Isnin melaporkan seorang bayi lelaki maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang dipercayai akibat lemas dalam selimut ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di Merlimau, Jasin.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11.30 pagi itu, pengasuh wanita berusia 27 tahun mendapati muka bayi berkenaan, Harraz Noah Nazrul Nizam telah dilitupi selimut.

Bapa bayi, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak sulungnya itu ketika dihubungi isteri Ainol Izzah Raslan 25, kira-kira jam 11.40 pagi. – Sinar Harian


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *