BANJIR | 15 Kampung Di Tanah Merah Diminta Berwaspada

Penduduk 15 kampung berhampiran Sungai Kusial Tanah Merah diminta berwaspada kemungkinan banjir – JPS

whatsapp sharing button
twitter sharing button
Penduduk di 15 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Kusial di Tanah Merah diminta berwaspada berlakunya banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu dan Khamis ini oleh Jabatan Meteorologi. - Foto NSTP
Penduduk di 15 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Kusial di Tanah Merah diminta berwaspada berlakunya banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu dan Khamis ini oleh Jabatan Meteorologi. – Foto NSTP

KOTA BHARU: Penduduk di 15 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Kusial di Tanah Merah diminta berwaspada berlakunya banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu dan Khamis ini oleh Jabatan Meteorologi.

Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan memaklumkan kampung terbabit ialah Kampung Padang Kijang, Kampung Bendang Nyior, Bandar Tanah Merah, Kampung Cekok Ipoh, Kampung Belimbing, Kampung Panjang dan Kampung Kerilla.

Turut dijangka terjejas Taman Kiara, Kampung Padang Kijang, Kampung Alor Pasir, Kampung Kelewek, Kampung Terasil, Kampung Kulim, Kampung Jerangau dan Kampung Chekok Ipoh.

Menurut JPS, banjir kemungkinan berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

“Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutama di kawasan yang dijangka banjir, mengambil langkah waspada dan mengikut arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *