“Mereka tak berani kut!” – Ramlah Ram tak sanggup buat content murah

Ikut peredaran zaman, Ramlah Ram guna media sosial kongsi perkembangan… Tak mahu buat ‘content’ negatif

Oleh: FAIZ IZZAT

linkedin sharing button
email sharing button

PENYANYI Ramlah Ram memberitahu dia tidak akan melakukan sebarang ‘content’ murahan bagi tujuan meraih populariti atau menjual produk.

Kata Ramlah, 59, dia bersyukur kerana buat masa ini tidak ada mana-mana pihak yang berani menawarkan dirinya untuk melakukan content sedemikian di media sosial.

Dalam hal ini, dia berpandangan sebagai penyanyi lebih baik media sosial digunakan untuk kebaikan yang mampu memberikan manfaat kepada diri serta peminat.

“Semua pilihan di tangan anda tapi jangan tersalah guna sebab media sosial ni ada kebaikan dan keburukan mungkin ada setengah pihak tu suka perkara negatif tapi terserah kepada semua.

“Biarlah tuju kepada kebaikan yang tidak memudaratkan diri dan saya lebih suka gunakan media sosial ke arah positif.

“Saya rasa mereka tidak berani untuk tawarkan lakukan perkara seperti itu sebab mereka kenal saya macam mana dan tidak mungkin saya akan lakukan perkara itu (promosi murahan),” kata Ramlah kepada mStar.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *