KEMALANGAN | Dua Lori Terbalik, Lebuh Raya Sesak Lebih 5KM

2 lori kemalangan di lebuh raya, trafik sesak lebih 5km

Oleh Omar Ahmad

bhnews@bh.com.my

facebook sharing button
whatsapp sharing button
twitter sharing button
Kemalangan membabitkan dua lori di KM37.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, pagi tadi. - Foto ihsan polis
Kemalangan membabitkan dua lori di KM37.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, pagi tadi. – Foto ihsan polis

KULAI: Kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer (KM) 37.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dengan sebuah daripada kenderaan berat itu terbalik, menyebabkan trafik sesak lebih lima kilometer pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata nahas itu membabitkan lori jenis Nissan dan Scania dari arah sama.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori Nissan yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun dari arah utara menghala ke selatan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang lori Scania yang dipandu lelaki tempatan berusia 34 tahun.

“Akibat perlanggaran itu, lori Nissan berkenaan terbalik melintang di kedua-dua lorong kiri dan kanan lebuh raya. Bagaimanapun, kedua-dua pemandu lori itu hanya cedera ringan di kaki dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Disyorkan

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Terdahulu, satu rakaman video kamera papan pemuka berdurasi 14 saat tular dalam laman sosial, memaparkan sebuah kereta di lorong kanan sempat mengelak dengan memecut sebelum lori berkenaan terbalik dan menghalang jalan.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *